Jika B4bi Datang Kacau Tanaman yang subur. 10 tips Paling Berkesan untuk halau haiwan itu

B4bi ialah makhluk perosak yang sangat bijak dan licik merosakkan tanaman seperti pokok durian, pisang, ubi dan sebagainya. B4bi mempunyai hidung yang mancung dan sangat cekap menghidu mangsa seperti cacing, maupun senapang dan kehadiran manusia.

Selain itu telinganya yang tajam mampu mendengar bunyi anj1ng dan sorakan pemburu dari jarak jauh. Manakala matanya mampu melihat sesuatu ancaman, b4bi tidak akan menyondol sesuatu yang tidak pasti. Terdapat pelbagai kaedah untuk memghalau dan mengatasi masalah serangan haiwan perosak ini.

Berikut adalah cara-cara menghalau b4bi dari merosakkan tanaman, mungkin ramai yang belum tahu.. mari saya kongsikanā€¦

1. Patung harimau
Letakkan patung harimau di kawasan kebun yang sering diserang, b4bi takut pada binatang yang lebih kuat daripadanya.

2. Air kencing harimau
Caranya letakkan kencing harimau di tempat yang sering menjadi sasaran b4bi. Ia adalah sejenis cairan yang dihasilkan daripada campuran ubat gegat dan belacan bakar

3. Rambut manusia
Rambut yang dipotong halus-halus, apabila masuk dalam kerongkong, b4bi akan tersedak dan tidak akan pergi ke tempat itu lagi, ada yang cakap cara ini lebih berkesan.

4. Telur dan jarum
Cara ini ibarat menyantau, caranya rebus telur dan cucuk 5 atau 6 batang jarum pada telur tersebut. Perut b4bi akan luka apabila tertusuk jarum, dan tidak akan datang lagi ke tempat itu. cara ini juga agak berkesan.

5. Radio
Pasang radio kuat-kuat di kebun yang menjadi sasaran, b4bi yang terdengar bunyi bising tidak akan datang ke kawasan tersebut kerana disangka ada kelibat manusia.

6. Lennex
Menurut carian saya di internet, ia adalah sejenis racun untuk membunuh b4bi, caranya campurkan pada makanan dan b4bi akan m4ti serta-merta apabila termakan racun tersebut. Korang boleh google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

7. Jerangkap samar
Caranya korek lubang bersaiz 5x5x5 kaki dan tutup dengan daun pelapah sawit dan diatasnya kita umpan makanan yang sedap-sedap! tunggu satu malam dan lihat hasil keesokan harinya!

8. Pagar elektrik
Yang ini memang sangat berkesan. cuma kos agak mahal tapi amat berbaloi. Jika ada modal saya sarankan anda memasang pagar elektrik di kebun kesayangan anda.

9. Cermin
Gantung cermin pada sebatang pokok menggunakan tali dan biarkan cermin tersebut berpusing-pusing. B4bi takut bila melihat bayang-bayangnya sendiri atau kilauan dari cermin pada waktu malam.

10. Tembak!
Kaedah terakhir bila tidak ada pilihan ialah menembak b4bi yang merosakkan tanaman anda. Anda berani?

sumber;kisah dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *