Jual Nasi Lemak Kat Sekolah Pun Laku Keras, Mat Salleh Ini Turut Kongsi Tips Masak Sambal Supaya Lebih Sedap

Nasi Lemak merupakan hidangan yang sangat ikonik dari Malaysia. Sudah menjadi kebanggaan rakyat negara tersebut, nasi beraroma yang dihidang bersama telur rebus, ikan bilis dan kacang yang rangup serta sambal yang menepati citarasa orang Malaysia menjadikannya kegilaan ramai

Malah ia juga terkenal di kalangan negara luar. Mesti ramai yang tak sangka hidangan Nasi Lemak boleh disediakan oleh seorang Mat Salleh tapi dengan teknik dan bahan-bahan yang tepat, sesiapa sahaja boleh memasaknya. Pemuda dari Amerika Syarikat ini menjual Nasi Lemak dan berjaya menghabiskan jualannya dalam masa 2 jam sahaja! Ikuti perkongsiannya di bawah.

 

 

Jual Nasi Lemak Kat Sekolah Pun Laku Keras, Mat Salleh Ini Turut Kongsi Tips Masak Sambal Supaya Lebih Sedap
Michael White merupakan seorang lelaki dari Amerika Syarikat. Telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Malaysia, dia telah berhijrah ke sini sambil membuka sebuah restoran.

White mula mendapat idea untuk menjual Nasi Lemak ketika restorannya sedang diubah suai. Memakan waktu beberapa bulan dan ingin mengisi waktu yang lapang, dia telah tergerak untuk menjual hidangan popular itu dengan membuka sebuah gerai kecil di hadapan pintu masuk TTDI Park, Kuala Lumpur.

Menurut White, dia mula jatuh cinta dengan hidangan Malaysia apabila isterinya membawanya ke Malaysian Embassy di Washington DC untuk mencuba hidangan Malaysia.

Sekali dicuba, White berasa kagum dengan hidangan Malaysia. Menampilkan pelbagai budaya, White semakin berminat dengan hidangan negara tersebut.

 

mat Salleh Kongsi Tips Buat Sambal Nasi Lemak Yang Sedap
Tambahan pula, White tidak keberatan untuk kongsi rahsia menyediakan sambal nasi lemak yang cukup enak. Menurutnya, selain ramuan yang digunakan, teknik juga memainkan peranan yang penting.

 

Menggunakan air panas untuk merendam cili kering, White kemudian menasihatkan untuk simpankan air tersebut untuk diguna kemudian. Selalunya orang ramai akan membuang air itu tapi ia boleh digunakan bagi menyedapkan lagi sambal.

Selepas itu, dia juga turut kongsikan bahawa dia turut menambahkan dua rempah ekstra tapi hal itu dirahsiakan.

 

Nasi Lemak ini sungguh unik dan sedap. Tak sangka Mat Salleh pun dapat menjualnya sehingga laku keras sebegitu. Dua jam pun terus habis, agaknya memang sedap dan mempunyai rasa yang autentik.

Kredit: massesmy