Jual pet4i pakai kostum ‘Spiderman’, pemuda ini tak sangka jualan makin laris

Sekarang ini ramai dalam kalangan kita menjana pendapatan dengan membuat pelbagai jenis perniagaan, tidak dapat dinafikan ramai yang sudah berjaya.

Justeru, ada yang sehingga membuat pelbagai gimik dan kaedah kreatif bagi mempromosikan perniagaan serta menarik perhatian para pelanggan.

Jadi Spiderman jual petai
Seperti anak muda dari Perak ini, Selvakumar S/O K Tharmalingam, 22, tidak malu menyarung kostum adiwira Spiderman ketika menjual petai di tepi jalan.

Selvakumar yang merupakan pelajar sarjana muda jurusan perniagaan, sudah hampir dua bulan menjalankan perniagaan petai yang sebelum ini diusahakan oleh datuknya.

Jualan makin laris
Berfikiran kritikal, pemuda berusia 22 tahun ini datang dengan idea menjadi ‘Spiderman Petai’ dan telah berjaya menarik perhatian pelanggan membuatkan petainya semakin laris dijual.

Syabas buat Selvakumar, antara anak muda yang boleh dicontohi, dia tidak malu untuk mencuba sesuatu yang baru dan berfikiran kreatif dalam bidang peniagaan.

Sumber : Universal Media

pERHATIAN: Pihak ADMIN tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @myteam juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *