Jumpa “port” mancing best, tapi rasa ‘seram’ & air jernih sangat, lelaki lepas semula ikan tak berani bawa balik

Bagi yang sering melakukan aktiviti memancing, pasti ada yang pernah mengalami pengalaman yang menyeramkan terutama ketika berada di kawasan yang agak terpencil dan tidak dikunjungi oleh orang ramai.

Seperti video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Muhammad Abi Suffian yang berjaya menangkap seekor ikan semasa memancing.

Menerusi video itu, dia dilihat melepaskan kembali ikan tersebut kerana merasa pelik dengan keadaan air di kawasan itu yang kelihatan sangat jernih dan bersih.

Menurutnya, tempat itu memang tidak dimasuki oleh orang ramai.

“Tempat ni takde orang masuk, aku lepas ikan, tak berani nak bawak balik,” katanya

Netizen yang melihat video itu turut merasa pelik dengan keadaan ikan yang tidak lari apabila dilepaskan semula, sebaliknya ia terus ‘tercegat’ di situ.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang turut berkongsi kisah mengenai penemuan ikan yang pelik ketika memancing.


Sumber: Muhammad Abi Suffian