Sejak kecil, kita dididik supaya tidak memandang rendah dan menilai seseorang itu dari luarannya semata-mata. Namun, sedihnya apabila kita masih mendengar cerita di mana jurujual menilai pelanggan dari apa yang dipakai.
Hanya kerana berpakaian kasual, mereka tidak memberikan layanan yang sepatutnya dan seperti acuh tak acuh dengan pertanyaan kerana menganggap pelanggan itu tidak mampu untuk membeli.
Kisah seorang lelaki warga emas di Thailand ini pastinya memberikan pengajaran kepada jurujual yang telah menilainya dari segi luaran.
Lelaki itu dilaporkan telah pergi ke beberapa pengedar motosikal namun tidak dilayan kerana memakai t-shirt bersaiz besar yang lusuh, seluar berwarna kelabu yang agak kotor serta selipar. Rupanya yang seperti tidak terurus itu membuatkan jurujual menganggap bahawa lelaki itu tidak akan mampu untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi.
Selepas meninjau dari satu kedai ke kedai yang lain, lelaki tersebut akhirnya dilayan dengan baik oleh jurujual di sebuah kedai motorsikal. Dalam masa 10 minit sahaja, dia membuat pilihan motorsikal yang mahu dibelinya.
“SAYA MAHU BELI YANG ITU!” KATANYA.
Sebaik memberitahu jurujual, dia terus menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sebelum mengeluarkan wang tunai sebanyak 600,000 Baht (RM75,147) dan terus membayar motorsikal jenama Harley Davidson itu. Wow dia beli cash amek kauuuu!
Pdan muka jurujual yang pandang rendah dekat pakcik ni!
Kisah tersebut menjadi viral serta merta selepas saudara terdekat pakcik ini memuat naik status dan gambarnya di media sosial. Lelaki itu bernama Lung Decha, seorang mekanik yang bekerja keras dan kini separa bersara.
Menurutnya lagi, abangnya itu bukanlah seorang yang kaya tetapi sudah memasang impian untuk memiliki motorsikal tersebut. Jadi, kini dia sudah boleh enjoy selepas mengumpul wang bertahun lamanya.
Sikap pakcik ini menabung demi mendapatkan keinginannya memang patut dicontohi.
sumber;facebook