Wanita bergelar ibu adalah manusia yang sanggup mengorbankan setiap perkara demi kebahagiaan anak-anak dan pengorbanan mereka amat besar nilainya.
Baru-baru ini, terdapat satu kemalangan yang terjadi kepada keluarga ini apabila kain dipakai oleh pembonceng wanita tersangkut ke dalam rantai motorsikal yang dinaiki.
Kejadian itu berlaku di hadapan SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai Labu Kubung, Perak dalam kira-kira jam 11 pagi dan telah dibantu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Maha Rani.
Menurut lelaki berkenaan, mangsa tersebut merupakan seorang ibu dan ketika kejadian wanita itu sedang menggendong bayi bersama seorang lagi anak perempuan.
Walau bagaimanapun, keadaan kedua kanak-kanak itu terselamat namun ibu mereka mengerang kesakitan akibat terjatuh di atas jalan raya.
Posting tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka memberikan kata-kata semangat disamping mendoakan keselamatan buat keluarga itu.
Betullah seorang ibu akan buat apa sahaja untuk selamatkan anak dia. Tak kira la dia sakit ke tak yang penting anak dia selamat. Semoga keluarga ni berada dalam keadaan baik-baik sahaja.