Malaysia adalah negara keempat teratas daripada 29 negara yang rakyatnya bimbang menghadapi usia tua, menurut kaji selidik sebuah firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn. Bhd. (Ipsos).
Ipsos dalam satu kenyataan berhubung kajian terbarunya mengenai ‘Penuaan di Malaysia’ semalam berkata, ia menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan selepas Brazil, China dan Rusia yang masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.
Kajian itu mendapati, sejumlah 62 peratus warga Malaysia risau tentang penuaan, berbanding dengan 52 peratus jumlah kebimbangan di seluruh dunia.