“Kalau Sunnah, Kenapa Budak Sekolah Tak Dibenarkan Berambut Panjang?” – Adam Corrie Bagi Pencerahan

Seronok apabila ramai selebriti yang mempunyai ratusan ribu, malahan jutaan pengikut dapat berkongsi ilmu kepada peminat masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri.

Begitu juga dengan pelakon Adam Corrie Lee yang sering berkongsi pelbagai ilmu di media sosial terutamanya di Instagram miliknya.

Terbaru apabila ada peminat yang menghantar Mesej Terus (Direct Message) kepadanya dan bertanyakan soal agama, terutamanya tentang paras rambut untuk seorang lelaki.

Saya dapat DM dari seorang Hamba Allah. Pertanyaan beliau tentang rambut paras bahu adakah sunnah. Saya tak layak untuk menjawab persoalannya. Lalu saya panjangkan persoalannya dengan @ustazrusydialjauhari

Ini adalah jawapan untuk pertanyaan.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ada 3 bentuk rambut.

pendek hingga separuh cuping telinga (mcm rambut kebanyakan lelaki sekarang)

panjang sehingga mencecah bahu (tidak melepasi bahu)

botak (ketika tahallul haji dan umrah sahaja)

Kenapa para pelajar tidak dibenarkan itu berkait dgn etika sekolah (KPM). Jika kami di Mesir para pelajar Al-Azhar ada yg berambut panjang tetapi tidak melepasi bahu,” tulis Adam tentang jawapan daripada Ustaz Rusydi.

Menjawap soalan jika terdapat sunnah yang mengatakan Nabi Muhammad SAW berambut panjang, kenapa terdapat hadith yang menyatakan lelaki tidak boleh menyerupai wanita, ini jawapan kepada soalan tersebut.

h4r4m menyerupai wanita kebiasaan berambut panjang melepasi bahu. Rasional Nabi SAW berambut panjang ada 2 sebab:

ketika peper4ngan sebagai strategi menggerunkan musvh kerana musvh menyangka mereka berhadapan dengan anak-anak muda.

ketika musim sejuk untuk menutup tengkuk kerana rambut menyerap haba.

Allahu A’lam.

Adam turut berkongsi sekeping gambar dirinya yang berambut panjang dan memakai rantai.

Pelakon yang mula dikenali ramai melalui filem The Spinning Gasing ini memelvk Is1am pada 13 Julai 2007. Adam berkahwin dengan Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.

Sumber : Gempak via Soya Lemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *