Kambing Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun , S0ndol Wanita Hingga Mati

Seekor kambing dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita di Sudan Selatan bulan lepas.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 45 tahun telah disondol seekor kambing dan telah menyebabkan tulang rusuk wanita itu cedera. Mangsa, Adhieu Chaping telah meninggal dunia di tempat kejadian. akibat sondolan kuat kambing itu.

Memetik laporan Lad Bible, kambing itu kini dalam tahanan di Balai Polis Maleng Agok Payam, Sudan Selatan. Pihak polis memberitahu sumber berkenaan penahanan kambing itu adalah atas faktor menganggu keselamatan awam.

Pemilik kambing itu walau bagaimanapun tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan dan dia juga didapati tidak bersalah. Pemilik kambing yang juga berjiran dengan mangsa telah diarahkan oleh mahkamah untuk memberi lima ekor lembu sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa.

Pihak polis telah memutuskan kambing yang menyondol wanita hingga terbunuh itu untuk dipenjara dalam kem tentera selama tiga tahun.