“Kami Hanya Minta Doa Bukan Duit”, Ibu Bapa Minta Hati-Hati Dengan Kewujudan Tabung Kilat Adik Ainul

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, 3, kanak-kanak yang pernah menjadi kesayangan rakyat Malaysia kini dalam situasi tenat susulan jangkitan kuman. Dalam situasi genting, ibunya kecewa individu dipercayai ‘scammer’ mengambil kesempatan dan menafikan membuka tabung sumbangan untuk Ainul.

 

Ainul Mardhiah Safiuddin sebelum ini menghidap ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ hingga mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak lahir dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Prof David Dunaway di United Kingdom.

Ainul menunjukkan perkembangan baik selepas pembedahan

Dalam perkembangan terbaru, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi, 27, mendedahkan wujud pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan penipuan tabung kilat untuk kanak-kanak itu.

NURUL ERWANI MENERUSI INSTAGRAM MENDEDAHKAN ‘SCAMMER’ MENGGUNAKAN GAMBAR AINUL UNTUK MENGAUT WANG.

“Yang mana ada jumpa scammer menggunakan gambar Ainul untuk mengaut duit, share kepada saya.

“Saya akan terus uar-uarkan kepada akaun saya supaya orang ramai tidak tertipu dengan mereka. Melampau betul mereka ni, buat kerana dan ambil kesempatan atas orang lain.

“Orang Islam kan cuba cari rezeki yang halal, geram ni!,” luahnya.

 

Dalam pada itu, Nurul Erwani turut menjelaskan bahawa beliau tidak meminta sumbangan sebaliknya memohon doa orang ramai.

 

“Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih,” titipnya.

Malah ia juga menjadi punca Nurul Erwani enggan berkongsi foto Ainul Mardhiah.

Menerusi gambar dikongsikan, tertera nombor akaun dan nama pemilik akaun Othman Zakaria sebagai ayah Ainul.

AINUL DIBERI SUSU, MASIH GUNA VENTILATOR

Dalam perkembangan terbaru, Ainul Mardhiah kini sudah mula menerima susu.

“SUDAH DUA HARI AINUL PUASA TAK DAPAT MINUM SUSU. MAMA YAKIN KEADAAN AINUL SEMAKIN BAIK.

“Ainul belum sedar lagi, ubat tidur masih run sebab Ainul tengah on ventilator. Ainul tak boleh sedar lagi sebab tak nak bagi Ainul penat bila tengah on ventilator,” kongsi Nurul Erwani.

 

sumber;sinar plus