Kanak-kanak persoal kenapa dirinya tiada dalam gambar kahwin ibu bapa cvri perhatian ramai

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @tikadilaaa, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang gambar perkahwinan kedua ibu bapanya.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah tindakan kanak-kanak tersebut yang mempersoalkan kenapa dirinya tiada dalam gambar tersebut, dan mend4kwa dirinya ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya.

Tambahan pula, kanak-kanak tersebut membawa gambar itu dan bertanya kepada jiran mengapa dirinya tiada dalam gambar tersebut.

“Sekilas ungkapan kekesalan anak kepada ibunya karena ga di ajak waktu nikahan ayah ibunya ,” tulis @tikadilaaa di ruangan kapsyen video.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 416.4k tontonan, 18.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:


Sumber : tiktok tikadilaaa