Kejutan wanita ini
buat ibu bapanya mengundang air mata warga maya. Pemergian anak sulung, Mohd
Afiq Adnan dua tahun lalu mengakibatkan kerinduan yang tidak berpenghujung
kepada kedua-dua orang tuanya.
Demi mengubati duka
di hati ibu dan ayah, pengguna TikTok Qieyla Adnan mengundang personaliti TV3, Muhammed
Ahmad Hamdan seiras dengan arwah abang sulungnya yang telah meninggaI dunia.
“Alhamdulillah
hari ini rezeki dia datang sebagai tetamu istimewa kami. Along, ini yang kami
mampu buat untuk mak dan ayah tersenyum kembali.
“Hari
paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah,” titipnya.
Pertama kali
menatap penyampai berita dan pengacara Money Matters itu,
ibunya terkejut, sebak dan memeluk Muhammed.
“Mak
peluk seolah-olah tak nak lepas langsung.
“Ayah orang yang paling susah menangis juga
menitiskan air mata. Dia (Muhammed) dan ibunya sangat baik,” titip beliau.
Menurut salah seorang adik-beradik
itu, difahamkan Qieyla telah menghantar pesanan ke TikTok personaliti berkenaan
untuk menjemputnya ke rumah selepas genap dua tahun pemergian abang mereka.
BIarpun
pertemuan yang singkat, kerinduan ahli keluarga itu terubat.
Bapa kepada arwah
meluahkan kesedihan dan tidak dapat menahan sebak.
“Saya ayah kepada
Qieyla. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu kerana ini semua planning
anak-anak. Saya yang memang keras hati ini pun tak dapat menahan sebak.”
luahnya.
Dalam pada itu, pemilik
akaun tersebut sempat memuji keperibadian Muhammed dan berharap agar hubungan
silaturahim mereka terus berkekalan.
Menjengah ke
ruangan komen, warga maya meluahkan kesedihan menyaksikan kejutan diterima
kedua-dua warga emas itu bertemu dengan lelaki persis anak mereka yang sudah
tiada.
Ujar mereka:
–
“Kak sebaldi airmata saya…”
–
“Hikmah ALLAH menciptakan tujuh orang yang seiras dengan kita.”
–
“Rindu kepada yang telah tiada memang menyakitkan.Terima kasih @amadhamdan
mengubati kerinduan mak ayah arwah.”
–
“Memang ada iras, aku pula yang menangis beria-ia.”
–
“Ya ALLAH. I feel you sis. Arwah abang saya meninggal, tapi ada sepupu yang
mirip arwah. Beginilah emak saya setiap kali sepupu datang ke rumah.”
– “Saya turut mengalirkan air mata, sebak melihat mak dan ayah
ceria dalam duka.”
Sumber TikTok @qieylaadnan
Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak MyTeam Network tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.