Kembang tekak! Netizen geli, pekerja bersihkan ‘mikrowave’ guna mop lantai

Baru-baru ini, kecoh di platform Twitter apabila seorang pekerja asing menggunakan cara ‘kotor’ untuk membersihkan ketuhar gelombang mikro di sebuah kedai serbaneka terkemuka.

Menerusi beberapa foto dikongsikan oleh pengguna dikenali @AshrafChak, pekerja itu dilihat sedang memasukkan mop lantai ke dalam ‘microwave’ bagi membersihkannya.

“Hello kedai serbaneka, tolong jelaskan pada pekerja anda untuk buat pembersihana dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam ‘microwave’, pengotor!,”ciap Ashraf.
Bagaimanapun, lokasi cawangan kedai serbaneka terbabit tidak dikongsikan, namun umum sedia maklum ‘microwave’ sering digunakan oleh pelanggan bagi memanaskan makanan yang dibeli.

Pengotor!


Rata-rata warganet meluahkan rasa berang dan loya tekak apabila melihat foto tular berkenaan kerana ia sangat tidak patut dilakukan sedemikian.

Mereka juga mengatakan pekerja berkenaan tiada akal fikiran untuk berfikir sama ada ia bersih digunakan atau tidak.

Otak letak mana?
Boleh buat aduan …
Tidak kurang juga ada yang meminta pengguna berkenaan membuat aduan menerusi emel kepada kedai serbaneka berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Setakat ini, pihak kedai serbaneka berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Apa-apa pun, adalah tidak patut sekiranya pekerja berkenaan bertindak sedemikian kerana ia sudah mencemarkan nama baik sesebuah syarikat kedai serbaneka terkemuka yang dikujungi orang ramai.

Sumber: Twitter @AshrafChak