Kenapa kucing aku tak macam ni,” – Gelagat Oyen selamba mandi buat ramai terhibur

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @fatinadhirah_08 memaparkan seekor kucing bewarna oren yang popular dengan gelaran Oyen sedang berada di atas satu mangkuk tandas.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Oyen tersebut yang kelihatan seperti redha dimandikan oleh pemiliknya, berbeza dengan kucing lain yang kebanyakannya terlalu susah untuk mandi.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 816.7k tontonan, 120.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Sumber: tiktok fatinadhirah_08

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *