Kenduri Dulu-dulu' gamit memori lama

SUNGAI PETANI – Tradisi merewang iaitu aktiviti bergotong-royong di kampung menjadi satu kemeriahan dalam sesebuah majlis perkahwinan suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, aktiviti itu semakin hilang ditelan zaman memandangkan kini ramai penganjur lebih rela menggunakan khidmat katering dalam penyediaan makanan kenduri.

Bagi mengimbau kembali nostalgia lama selain pendedahan kepada generasi baharu, penduduk Taman Rhu dan Taman Sri Pinang, Sungai Petani, Kedah berganding bahu menganjurkan ‘Kenduri Dulu-dulu’ untuk meraikan dua pasangan raja sehari.

Penganjur Kenduri Dulu-dulu, Azizan Mat Isa berkata, pihaknya teruja memandangkan perancangan melaksanakan aktiviti itu yang dibincang sejak beberapa bulan lalu mendapat kerjasama penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurutnya, kerja gotong-royong dimulakan lebih awal bagi menghias lokasi majlis perkahwinan menggunakan pelepah kelapa di laluan masuk yang dijadikan pintu gerbang.

“Kami juga mengumpul pinggan kaca lama dan dulang besar yang masih dalam simpanan untuk dicuci dan dilap bagi untuk hidang makanan semasa majlis perkahwinan,” katanya.

Menurut Azizan, golongan lelaki dan wanita sama-sama menyumbang tenaga bagi merancakkan majlis perkahwinan meraikan dua pasangan pengantin di kejiranan tersebut.

“Kaum wanita juga sibuk menyiapkan cenderahati untuk tetamu bawa pulang.

sumber ; s. harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *