“Kenyang sampai malam ni!” – Viral! Kedai Hidang Nasi Goreng ‘Menggunung’, Ramai Minta ‘Location’

Kalau bercakap mengenai makanan, mesti kita akan rasa seronok bila dapat makanan yang banyak. Tambah pula dengan pakej sedap, memang puas hati lah jawabnya!

Tetapi, zaman sekarang agak susah untuk kita jumpa kedai makanan yang sering menyediakan hidangan makanan yang banyak disebabkan harga pasaran untuk bahan-bahan memasak semakin meningkat.

Namun begitu, lain pula cerita yang dikongsikan melalui video di TikTok milik @amirulrahimxyon, yang mana dia dan kawan-kawannya kelihatan teruja dan terkejut dengan makanan yang dihidangkan di sebuah kedai makan.

Mana taknya, portion yang dihidangkan sangatlah banyak sehingga nampak seperti nasi goreng ‘menggunung’. Kedai makanan itu dipercayai terletak di kawasan Padang Jawa jika dilihatkan dari hashtag yang digunakan di kapsyen video itu.

Disebabkan penggunaan hashtag itu juga, ramai yang memberi komen untuk mengetahui di manakah location sebenar kedai tersebut kerana mereka juga ingin mencuba makanan di sana. Tulah, Min pun nak juga tahu ni!

“Location dia dekat Nasi Bukit, Padang Jawa, Shah Alam” – Netizen

Bukan itu sahaja, rata-rata turut memuji pemilik kedai itu dengan menyifatkan dia sebagai seorang yang pemurah disebabkan amaun makanan yang disediakan. Kalau tengok dalam video itu juga, bukan sekadar nasi yang ‘menggunung’, tapi sayur-sayuran dan daging pun sama banyak!