Kerana cemburu, lelaki rempuh kekasih bekas isteri

Gara-gara cemburu, seorang lelaki di wilayah Jawa Timur nekad merempuh kekasih bekas isterinya menggunakan kereta miliknya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam kejadian tersebut, suspek yang hanya dikenali sebagai ABMP, 31, merempuh mangsa, T, 52, yang ketika itu sedang duduk di atas sebuah motosikal di hadapan kedai miliknya.

Ia menyebabkan mangsa mengalami cedera pada bahagian kepala. Suspek pula dilaporkan cedera pada bahagian tangan selepas menumbuk kaca pada kedai mangsa.

“Kepala mangsa berdarah manakala suspek mengalami luka pada tangannya. Mereka berada di hospital. Sementara dinding kedai rosak dan kaca turut pecah,” kata seorang saksi, Budi Widiyanto.

Sementara itu, menurut sumber, permusuhan antara kedua-dua lelaki itu berpunca daripada seorang wanita, 24.

merupakan bekas isteri suspek dan mereka telah bercerai beberapa bulan lalu. Disebabkan cemburu, suspek nekad merempuh bakal suami
sumber k;online