Kerana Terlalu Lapar Dan Kehausan, Kanak Kanak Ini Tertidur Sambil Memeluk Guni Cari Barang Di Tepi Jalan

Mungkin kita tak tahu dan tak sedar, mungkin kita dah rasa cukup susah tapi sebenarnya ada yang lebih susah bahkan untuk menyuap makan bagi mengisi rasa lapar pun masih terfikir-fikir, ada antara kita yang tempuhinya dengan cara yang berbeza, kita mungkin ada yang makan minumnya sudah. tersedia dan hanya tinggal untuk disuap dan dinikmati. Namun lain pula cerita anak ini, yang terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tempat tidur pula, ada yang beralaskan tilam empuk manakala ada pula yang terpaksa beralaskan lantai simen dan sejuk mengigit tubuh dipagi hari.

Dan ada yang terpaksa sejak dari kecil telah mengerahkan kudrat dan tenaga demi mencari sesuap nasi. Berbeza dengan kanak-kanak lain yang sepatutnya pada ketika umur ini berada di sekolah belajar dan bermain bersama rakan rakan, seorang kanak-kanak di Indonesia ini telah meng0rbankan masa dan zaman kanak-kanak itu demi menghidupkan diri sendiri.

Baru baru ini viral satu video di facebook.Video berdurasi 15 saat yang merakamkan seorang kanak-kanak berasal dari Indonesia ini telah duduk tertidur kepenatan hanya beralaskan guni yang terisi barang barang terpakai yang berjaya dikumpul. Video kanak-kanak berkenaan telah mendapat perhatian daripada warganet dengan lebih 22000 perkongsian dan perolehan lebih 19000 tanda suka.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat reaksi masyarakat sekeliling yang terharu melihat kegigihan usaha kanak-kanak tersebut. Ada antara mereka yang cuba membangunkan dia dari tidur, dengan panggilan ‘adik’ namun mungkin akibat terlalu lapar dan penat, kanak-kanak ini langsung tidak sedar walaupun telah dikejut berulang kali.

Tidak boleh dipastikan nama ,dimana tinggal dan siapa sebenarnya kanak-kanak ini. Namun, moga ada sedikit pengajaran daripada perkongsian ini. Menerusi laman facebook dimana video ini dikongsikan, rata rata warganet melihat keadaan kanak-kanak ini. Antara komen yang ditinggalkan warganet dalam video berkenaan,

“Ya Allah, masa buka dan menonton air mataku mengaliir menanngis sediih,sungguh menyayat hati ,ya Allah semoga anak-anak ini diberikan kesihatan yang baik dan semoga kelak dewasa menjadi anak yang baik dan berjaya. lindungilah dia ya Allah” Ujar Abdul Latief

Tambah lagi dari Rrifana Rrifana “Ya 4llah lindungilah anak anak hamba kemanapun mereka melangkah pergi, Jauhkanlah dari segala yang tak diingini. Amin”

sumber ;facebook