Ketahui 5 Tanda ‘High Functioning Anxiety’, Nampak Baik Dari Luar Tapi Di Dalam Lain…

‘High Functioning Anxiety’ adalah kecemasan yang mendorong seseorang untuk melangkah lebih maju dalam hidupnya. Keadaan ini mungkin membuat penderitanya terlihat baik daripada luar, namun sebenarnya tak baik di dalam. Selain itu, kecemasan ini dapat memberi impak positif pada sebahagian orang. Bukannya diam dalam ketakutan, kecemasan yang dirasakan justeru mendorong mereka untuk bergerak lebih maju dalam hidupnya.

Terdapat 5 tanda ‘High Functioning Anxiety’ yang telah dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai @homeomedbangi.

5 TANDA HIGH FUNCTIONING ANXIETY
Selalunya kita nampak orang yang ada anxiety ini selalunya ada kesukaran untuk bekerja ataupun sentiasa rasa sedih setiap masa. Tapi tahu tak orang yang ada ‘High Functioning Anxiety’ boleh melakukan kerja dengan sangat cekap, selalu datang ‘on time’ dan nampak tersusun.

Antara tanda-tanda ‘High Functioning Anxiety’ ialah:

1. Seorang yang ‘detail’ dan ‘perfectionist’

Dia sangat suka rutin dan dia rasa kalau dia tak buat rutin tersebut dia rasa mengalami masalah besar.

2. Sukar untuk cakap ‘TAK’

Dia seorang yang sukar untuk bercakap ‘TAK’ kepada semua benda tapi dia bukan seorang bercakap ‘YES’. Dia rasa kalau dia cakap ‘TAK’, dia akan rasa orang itu tak suka kat dia.

3. Kerap menyalahkan diri

Kerap salahkan diri pada setiap permasalahan kecil. Pada masa orang lain mungkin kesalahan itu sangat kecil tetapi kesalahan kecil itu adalah sangat besar bagi dia.

4. Sentiasa memerlukan ‘Reassurance’

Contoh dia ada idea sendiri ataupun ada pendapat sendiri tapi dia tak ada keyakinan untuk bercakap atau bersuara dan memerlukan ‘in put’ daripada orang lain untuk pastikan idea dia jalan.

5. Masalah ‘Self-Confidence’

Dia ada masalah ‘Self-Confidence’ walaupun dia tahu dia boleh buat benda tersebut. Contoh macam selalu kena buat ‘presentation’ ataupun dia kena buat ‘speech’ kat depan walaupun dia kena ‘panic attack’ dia akan tetap buat ‘presentation’, ‘speech’ dengan elok.

Sumber: Tiktok homeomedbangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *