Kewujudan Sihir M4ti Atau ‘kunci roh’..Jenaz4h Berpeluh! Anak Dakwa Bapa Disihir Nampak Macam M4ti

 

Seorang pemuda
dikenali sebagai Wan meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan semula kematian
bapanya pada tahun 2013 yang didakwa berpunca daripada perbuatan sihir.

Menurut anak ketiga
daripada lapan beradik itu, dia mengesyaki sihir tersebut dihantar oleh
saudaranya sendiri selepas keluarga mereka terlibat dalam pertikaian sebidang
tanah di Melaka.

“Ia berpunca
daripada tanah tapak rumah kami. Tanah tu arwah ayah dah beli daripada nenek.
Ayah saya ni menantu je, ayah beli sebab tak nak timbul isu antara adik-beradik
mak saya. Tapi silapnya tak pecahkan geran tanah siap-siap. Tiada hitam putih.

“Jadi bila
orang tua semua dah tak ada, jadi isu la. Anak saudara nenek tuntut tanah itu.
Dulu dia tiada tanah, tapi nenek saya bagi tapak tu untuk dia buat rumah di
sebelah rumah kami. Tanah tu atas satu geran besar yang dipegang oleh nenek.

“Asalnya dia
(anak saudara nenek) tiada geran. Geran tanah tu dia dah duplicate (pendua).
Macam mana dia buat pun saya tak tahu. Mereka pergi Pejabat Tanah, tapi tak
boleh buat apa-apa sebab ikut pada bil elektrik dan air pun, kami dah duduk
situ lebih 20 tahun. Bila tak boleh buat apa-apa, mereka guna cara halus,”
ujarnya kepada mStar.

“Roh ayah dikunci dalam botol. Jadi,
bila orang dah habis tinggalkan kubur, barulah roh tu dilepaskan semula.”

WAN

Tidak lama selepas
pertikaian itu, Wan yang bekerja di Ipoh, Perak menerima perkhabaran tentang
kematian bapanya dan terus bergegas pulang ke kampung di Melaka.

“Sampai-sampai,
saya masuk rumah tengok arwah ayah saya kat ruang tamu. Masa tu ada
adik-beradik dan mak. Masa tu juga saya tengok kat dahi arwah ayah berpeluh.
Saya tak syak apa-apa. Saya cuba pegang tangan arwah, tapi satu badan dia macam
dah kaku, kejang, keras.

“Ibu jari
tangan dia je lembut. Kemudian saya pergi report polis, beli kelengkapan untuk
kebumikan arwah dan pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Masa nak kebumi,
hujan turun selebat-lebatnya. Tapi kami teruskan juga,” cerita Wan lagi.

Pada waktu itu, Wan
berkata semuanya masih kelihatan normal, namun mereka sekeluarga mula
mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana arwah bapanya hadir dalam mimpi
adiknya selama tiga malam berturut-turut.

Bagi merungkai
misteri yang menyelubungi, Wan berjumpa dengan seorang ustaz sebelum dia
dimaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia akibat terkena buatan orang.

“Adik bongsu
saya mimpi arwah ayah meronta minta tolong, macam lemas. Tiga malam
berturut-turut mimpi yang sama. Saya pun berjumpa dengan ustaz. Ustaz kata
arwah kena buatan orang.

“Katanya roh
ayah ‘dikunci’ dalam botol. Jadi, bila semua orang dah tinggalkan kubur,
barulah roh tu dilepaskan semula. Pada hari kebumi tu juga, anak saudara nenek
yang paling banyak menggesa agar cepat-cepat kebumi jenazah. Masa kebumi tu,
nampak dia senyum je.

“Tapi kami tak
gali balik. Sebab masa jumpa ustaz tu, ustaz cakap dah terlambat. Kalau masa
malam pertama mimpi tu dah gali, mesti dapat selamatkan arwah. Ni dah lebih
tiga hari. Arwah dah tak ada sebab lemas dalam kubur. Umpama kami tanam arwah
ayah hidup-hidup,” ceritanya lagi.

Tambah Wan, dia dan
keluarganya berpindah dari rumah berkenaan selepas kematian bapanya kerana
tidak mahu kejadian sama berulang.

Kisah bapa Wan
meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang kejadian itu menerusi
ruangan komen di aplikasi TikTok.


Wan berkongsi kisah
yang berlaku kepada keluarganya selepas seorang perawat memuat naik video
mengenai kewujudan sihir mati atau ‘kunci roh’.

Sebagai peringatan,
umat Islam dilarang sama-sekali untuk terlibat dalam sebarang amalan sihir yang
bertentangan dengan ajaran agama serta al-Quran.

Sumber mStar

Apa Pendapat
Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam
Network
 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala
risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu
sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *