Kisah Sebak! Demi Tunaikan Impian Anak Tapi Tak Cukup Duit, Bapa Tawar Durian Sebagai Pengganti Untuk Bayar Mainan

Semlm time kami on niaga di Jengka, datang seorng pakcik dengan anak-anak dia. Dia cakap nak beli mainan untuk anak tapi duit tak cukup. Dia niaga durian. Jadi dia tanya boleh tak tukar dengan durian sebab anak dia dah lama teringin nak main dron.

Kami saling pandang. Last-last aku cakap ok lah pakcik. Janji anak happy. Kira-kira semua dekat 200+- jgklah campur dron, kereta kontrol dan mainan-mainan kecik tu sebab anak-anak dia 4 orang. Alang-alang boleh tukar pakat beli sorg 1.

Dia balik amik durian. Datang hantar. Sekali musang king, campur-campur dengan D24. Tengok muka anak dia happy memasing.

Waktu kitorg ajar anak dia main dron, masing2 keliling aku. Kali pertama. Sekali sekala aku tenung wajah pakcik tu. Tersenyum puas dapat beli tuk anak. Mungkin kewangan tak cukup tapi apa yng ada usaha jugak nak bagi anak happy. Jerih payah seorg ayah demi anak-anak. Tersentuh hati aku. Auto sebak tak payah pasang lagu sedih.

Tapi hati aku puas dapat jugak bantu pakcik ni happy kan anak-anak dia. Tak dapat duit, dapat musang king pun alhamdulillah.

Moralnya, sayang dan hargailah ayah ibu yang membesarkan kita. Kita tak tahu apa yang telah mereka lalui untuk memastikan di mana kita hari ni.

Sumber: FB Harga Rapat Penang

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *