KUCING 2 WARNA TARIK PERHATIAN RAMAI..EL0K PULA SEBELAH HITAM SEBELAH KELABU

Kucing yang bertompok tompok dah sering kita lihat kan. Walaupun begitu, pernahkah anda jumpa atau lihat kucing yang mempunyai dua warna bulu yang sangat simetri?

Jika belum pernah lagi,jangan risau sebab kali ini kami kongsikan dengan anda seekor kucing yang memiliki bulu seumpama itu kerana sebahagian bulu pada mukanya berwarna hitam manakala sebelah lagi pula berwarna kelabu.

Uniknya kucing tersebut telah menarik perhatian netizen setelah dikongsikan oleh akaun michaelscat2 di Twitter baru-baru ini.

Melalui Tweet tersebut, kucing ‘bermuka dua’ itu telah dinamakan Narnia dan difahamkan, kebanyakan orang akan terkejut apabila melihat kucing tersebut buat pertama kali.

Dalam pada itu, gambar kucing berkenaan juga telah menarik perhatian sehingga 30.7 juta kali Retweet dan 145 ribu likes daripada pengguna Twitter setakat ini.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen yang lain turut berkongsikan gambar si bulus mereka yang juga memiliki 2 warna bulu pada muka. Comel-comel pulak tu semua.

Apa pun memang teruja jika kita dapat memiliki kucing dengan warna sedemikian,kerana ia amat jarang ditemui.

Sumber: Twitter @michaelscat2 /lobak merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *