Kucing dan anjing selalu dianggap sebagai musvh tetapi sebenarnya itu hanyalah maksud daripada peribahasa Melayu sahaja. Macam yang dikongsikan wanita ini tentang perangai kucingnya yang gemar berkawan dengan anjing-anjing di kawasan perumahannya ini.
Lebih melucukan, kucing yang dipanggil sebagai Uteh itu turut berubah menjadi gar4ng gara-gara berkawan dengan si anjing. Perkongsiannya ini turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya cukup terhibur dengan gelagat kucing ini.
Dapat dilihat di dalam gambar-gambar itu, kucing itu memberikan reaksii wajah garang sama seperti anjing di sekelilingnya itu. Riak wajahnya juga saling tak tumpah seperti seekor anjing walaupun Uteh sebenarnya hanyalah kucing biasa.
wanita itu berkongsikan beberapa gambar kucing itu melepak bersama anjing-anjing itu. Apa yang menarik perhatian, dia memberitahu Uteh turut berub4h menjadi gar4ng selepas berkawan dengan mereka.
Meninjau di ruangan komen, gelagat si Uteh ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Bukan saja memberikan reaksi wajah gar4ng, malah gayanya juga seakan-akan sama seperti kawan-kawan anjingnya itu.
Ada juga netizen yang berseloroh kucing itu semakin berani membuat muka gar4ng kerana tahu ramai yang akan backup dirinya sekiranya apa-apa berlaku padanya.
“Ni macam bos syarikat pinjaman wang punya bos je.”
“Untunglah ada yang backup. Kita pun takvt.”
Sumber:HCL