Kucing Ini M4ti Berlawan Dengan Ular Berbis4 Demi Selamatkan 2 Budak Kecil Daripada Diserang

Apabila kucing sayang kepada tuannya, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terpaksa membahayakan diri mereka untuk melindungi tuan mereka.

Seekor kucing mati selepas berlawan dengan seekor ular yang tersenarai daripada 10 ekor ular paling berbisa di Australia untuk menyelamatkan dua anak kecil daripada diserang ular tersebut.

Kucing yang bernama Arthur itu sedang meluangkan masa bersama keluarga manusianya di perkarangan rumah apabila seekor ular Eastern Brown tiba-tiba muncul di laman rumahnya itu ketika dua kanak-kanak berkenaan sedang bermain.

Arthur yang ketika itu sedang bersama kedua-dua budak tersebut terus bertindak bertarung dengan ular tersebut dan berjaya membunuhnya.

Namun ketika sedang bertarung dengan ular tersebut, Arthur terkena gigitan daripada ular tersebut yang menyebabkannya akhirnya mati.

Si Arthur yang berani dan menjadi hero kepada keluarganya [Gambar: Facebook Animal Emergency Service]
Perkara tersebut dikongsi oleh sebuah hospital veterinar, Animal Emergency Service melalui satu hantaran Facebook.

“Dalam kenangan dengan penuh kasih sayang, Arthur si wira berkaki empat.

“Arthur, seekor kucing domestik sedang bermain di laman rumah bersama keluarganya, bersama dua tuan kecilnya ketika satu ancaman muncul menyelinap kepada anak-anak kecil itu.

“Seekor ular Eastern Brown tiba-tiba masuk ke halaman rumah dan Arthur terus bertindak membunuh ular tersebut. Malangnya, ketika bertarung dengan ular tersebut Arthur telah menerima satu gigitan yang beracun.

“Tiada siapa perasan akan gigitan itu tetapi Arthur tiba-tiba rebah dan dengan pantasnya sedarkan diri seperti tiada apa-apa yang berlaku.”

Menurut hantaran Facebook itu lagi, Arthur rebah sekali lagi pada keesokan harinya dan tidak dapat berdiri.

Keluarganya dengan pantas membawa Arthur ke Hospital Tanawha namun semuanya sudah terlambat dan Arthur akhirnya pergi akibat gigitan ular tersebut.

“Berehatlah dengan tenang Arthur, hero kecil kami,” ucapan akhir hantaran Facebook tersebut daripada pasukan Animal Emergency Service Tanawha.

Kisah Arthur itu mendapat perhatian orang ramai yang menggelarnya sebagai ‘hero’ dan memuji keberaniannya menyelamatkan keluarganya.

sumber;heameo