kucing setia ini ziarah kubur tuannya setiap hari selama 2 tahun

Sering kali netizen terhibur dengan gelagat kucing yang melucukan atau kelihatan begitu comel di ruang media sosial. Namun, ternyata kucing juga mempunyai nilai kesetiaan kepada tuannya sehinggakan menyayat hati warganet.

Anggaran Waktu Membaca: 2 min
Kucing setia ini ziarah kubur tuannya setiap hari selama 2 tahun
Kucing bernama Nana ini menziarahi kubur tuannya setiap hari sepanjang dua tahun. (Gambar: Hazlynn Nozi/Facebook)

Namun, ternyata kucing juga mempunyai nilai kesetiaan kepada tuannya sehinggakan menyayat hati warganet.

Catatan yang kian tular dalam sebuah laman pencinta kucing di Facebook menampilkan seekor kucing peliharaan di Kelantan yang diberi nama Nana yang tidak putus-putus ‘menziarahi’ kubur tuannya setiap hari sepanjang dua tahun selepas pemergian tuannya itu.

“Dua tahun lebih pemergian arwah Abah, masih setia. Dari tanah kubur merah dan basah sehingga ke hari ini,” kongsi anak perempuan Allahyarham di laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia.

Cik Hazlynn Nozi memberitahu Malay Mail bahawa bapanya, seorang guru pesara, sangat menyayangi kucing dan sentiasa menjaga kucing-kucing peliharaannya.

“Namun Nana yang berusia 6 tahun mempunyai ikatan istimewa dengan bapa saya. Ia begitu rapat dengannya.

“Nana menziarahi kubur bapa saya setiap pagi dan ia akan duduk malah sehingga terlelap di sisi kubur,” kata Cik Hazlynn.

Cik Hazlynn turut mengongsi bahawa ketika Allahyarham masih hidup, beliaulah yang memberi makan kepada Nana setiap pagi sebelum pergi ke masjid.

“Nana memang rajin mengekor Abah pergi masjid yang terletak di sebelah rumah. Waktu Subuh kalau Abah hendak keluar rumah, dia siap menunggu dekat tangga sebab Abah akan berinya makanan,” kata Cik Hazlynn menurut laporan mStar.

“Ada jalinan yang istimewa dengan kucing ini berbanding kucing-kucing lain di rumah,” ujar Cik Hazlynn.”

“Memang Abah yang selalu layan Nana berinya makanan. Sebab itu Nana rapat dengan Abah, lagi pula sudah enam tahun duduk bersama di kampung di Tanah Merah, Kelantan,” kata Cik Hazlynn, 25 tahun, kepada mStar.

Selepas pemergian bapanya dua tahun lalu, Cik Hazlynn berkata pada awalnya, Nana hilang selera makan sehingga turun berat badan.

“Keadaannya bertambah baik selepas tiga bulan dan mula makan dengan biasa, tetapi ia akan berlegar-legar di tempat-tempat di mana bapa pernah meluangkan masa – seperti di buaian, yang merupakan tempat kegemaran bapa saya, atau duduk di atas kereta buruknya.”

Sumber : Today/Agensi berita/ZM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *