Kudung Bukan Alasan, Runner Ini Tetap Gigih Cari Rezeki Walau Hanya Dengan Sebelah Tangan

 

Tiada manusia yang
sempurna di dunia ini. Kecacatan bukan alasan untuk patah semangat. Bagi
Muhammad Hafiz bin Abdullah,35, memegang status orang kurang upaya (OKU) bukan
alasan untuk dia bermalasan. Sebaliknya, kekurangan ini menjadikan dia lebih
gigih mencari rezeki dalam mengharungi kehidupan.

Fizikal Hafiz tidak
sempurna seperti orang lain. Dia kehilangan tangan kirinya akibat kemalangan
yang berlaku pada tahun 2008. Walaupun begitu, lelaki yang menetap di Felda
Jengka 20 di Pahang ini tetap cekal menjalani kehidupan.

Hafiz kini bekerja
sebagai ‘
runner’. Menggunakan motorsikal, dia menghantar pelbagai
barangan yang dipesan pelanggan di sekitar daerah kediamannya. Kerja ini telah
dilakukannya sejak tahun 2015.

 “Saya mula mendapat ilham mahu menawarkan
khidmat sebagai runner selepas melihat seorang rakan saya melakukannnya dalam
laman sosial Facebook. Saya pun cuba dan lakukan di daerah
Temerloh. Sejak itu, saya serasi lakukan kerja ini. Saya tak boleh duduk begitu
saja hanya kerana kekurangan diri.

“Lagipun, saya anak lelaki
sulung dalam keluarga. Kalau bukan saya, siapa lagi yang akan keluar mencari
rezeki untuk keluarga. Niat saya setiap kali keluar waktu pagi hendak cari
rezeki untuk bantu ibu selain untuk kelangsungan diri sendiri,” ujarnya yang
masih belum berkahwin.

Menurut Hafiz, pada
peringkat awal menjadi runner, cabaran paling sukar dihadapinya
ialah untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat kerana ada yang tidak percaya
dia mampu memikul tugas seperti orang lain kerana kekurangan fizikalnya itu.

Bahkan pada
peringkat awal Hafiz memulakan kerja tersebut, dia agak sukar untuk mengekalkan
keseimbangan semasa membawa motorsikal dengan hanya sebelah tangan. Lama
kelamaan, barulah dia biasa untuk melakukannya.

“Sejak mula buat
kerja ini dari tahun 2015, saya sudah terlibat dengan kemalangan kecil hampir
sepuluh kali. Alhamdulillah, semua baik-baik saja. Itu juga sebahagian
pengalaman yang mengajar saya untuk lebih cekal dan berhati-hati,” ujar anak
kedua daripada empat beradik ini.

Hafiz juga
menjadikan arwah ayahnya sebagai kunci kekuatannya. Arwah ayahnya juga
merupakan orang kurang upaya yang mengalami kecacatan pada kedua belah mata,
namun mampu berusaha untuk mencari rezeki menyara keluarga.

“Bagi saya, arwah
ayah adalah sumber inspirasi. Jika ayah yang matanya tidak nampak pun boleh
berusaha untuk menanggung keluarga, takkan saya yang hanya kehilangan sebelah
tangan tak mampu melakukannya,” ujarnya yang menerima ketentuan Tuhan dengan
hati terbuka.

Sumber Utusan TV

Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam
Network
 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *