Kumpul Duit Syiling 5 tahun Sampai Penuh Tong Drum LUAR NEGARA

MENABUNG adalah salah satu perkara yang sangat bermanfaat untuk masa depan. Dengan menabung, seseorang itu dapat melatih dirinya untuk menjadi lebih berdisiplin, memiliki dana simpanan, tidak berhutang, dan bebas dari aspek kewangan.

Seorang lelaki dalam video yang tular ini dikatakan merupakan salah seorang yang sangat rajin untuk menabung. Berdasarkan keterangan yang dimuat naik, lelaki tersebut difahamkan telah menyimpan wang syilingnya selama 5 tahun di dalam sebuah tong.

Ketika dia mengira jumlah semua duit syiling yang disimpannya selama 5 tahun itu, hasilnya sangat mengagumkan.

Dimuat naik dari akaun TikTok bernama @kucingdalamakarung, pemilik akaun TikTok itu berkongsikan video yang menunjukkan dirinya dan keluarganya membuka tong yang mengandungi duit syiling yang disimpan selama 5 tahun oleh ayah mereka.

Terdapat begitu banyak duit syiling di dalam tong tersebut, malah ahli keluarganya turut membantu mengiranya sekali.
“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabung ayah kami, dari tahun 2015. Bermula dari maghrib hingga pukul 9 baru selesai,” kata pemilik akaun TikTok itu.

Setelah mengira semuanya, ternyata jumlah simpanan duit syiling ayah sangat mengagumkan. Jumlahnya mencapai sehingga Rp 20 juta (RM 5,779).

Warganet yang melihat video tersebut, sempat untuk mengisi ruangan komen yang terdapat pada video berkenaan.
“Saya tidak dapat membayangkan ketika sibuk mengira, tiba-tiba terlupa,” tulis seorang warganet.

“20 juta tu, okay mulai sekarang saya akan kumpul wang syiling di rumah saya dan tidak akan membuangnya,” tulis seorang lagi warganet.
“Sangat memberi inspirasi, wajar untuk diikut,” tulis yang lain.

Sumber: Merdeka.com