Lafaz Taklik Cerai Isteri TaIak 3 Tak Boleh Ditarik Balik, Ini Nasihat Menteri Agama


Lafaz taklik cerai isteri talak 3 tak boleh ditarik
balik, jangan libatkan maruah isteri  nasihat Menteri Agama. Lafaz taklik
seorang individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga sekiranya Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga
Ogos  yang pernah tular sebelum ini  oleh seorang individu, Mansor
Ali yang kemudian mendakwa akaun facebooknya di hack tidak boleh ditarik balik.

Lafaz Taklik
Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik Balik

Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata,
dari sudut hukum, apa-apa pun taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah
dilafazkan.





















Katanya, di
bawah peruntukan undang-undang jelas menggariskan bahawa mana-mana permohonan
untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia
diperuntukkan dalam enakmen semua negeri.

 “Jadi dinasihatkan kepada
isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi
mengesahkan penceraian tersebut.

“Hanya hakim
syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama
ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak,” katanya menerusi rakaman video yang
dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.

Memetik
laporan Sinar Harian, Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas
mengenai perbuatan seorang lelaki pada Februari lalu yang memaklumkan dia
bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri dan kerajaan
tidak bertukar pada Ogos.

Isu itu
tular di media sosial dan menjadi persoalan ramai sama ada sama ada talak jatuh
atau sebaliknya selepas berakhirnya bulan Ogos.

Jangan Libatkan Maruah Isteri Nasihat Menteri
Agama

Mengulas
lanjut, beliau menjelaskan, apabila taklik dikaitkan dengan penceraian dengan
talak tiga kepada seorang isteri, ia perkara yang amat tidak bertanggungjawab
kerana isteri tidak boleh dijadikan objek atau pertukaran kepada sesuatu
taklik.

“Isteri
sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang
isteri dan wanita,” tambahnya.

Sehubungan
itu, Mohd Na’im menasihatkan agar golongan suami perlu bertanggungjawab dengan
tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika melafazkan taklik.

“Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz
sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.

“Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh
atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin,”
ujarnya.

Sumber Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam
Network
 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *