Seorang lelaki buta terjatuh ke dalam longkang besar setinggi 22 kaki sebelum berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Jambatan Saloma, Kuala Lumpur.
Mangsa cedera bahu, kaki dan tangan
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur, pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada pukul 4.27 petang.
Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.
Setibanya bomba di lokasi menemui seorang lelaki berusia 46 tahun yang mempunyai masalah penglihatan terbatas berada di tebing longkang besar terbabit.
Susulan itu, anggota bomba bertindak menjalankan operasi menaikkan mangsa dan dia berjaya diselamatkan pada pukul 5.06 petang. Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahu, kaki dan tangan diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Sumber: Bomba KL