Lelaki pakai songkok terlalu tinggi ke masjid

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang lelaki usia warga emas yang memakai songkok terlalu tinggi di sebuah masjid, lapor laman berita Suara.com.

Menerusi rakaman tersebut, lelaki warga emas itu kelihatan berjalan memasuki sebuah masjid.

Penampilan lelaki berbaju putih dan berkain pelikat itu kelihatan sangat berbeza apabila dia dilihat memakai songkok yang sangat tinggi di kepalanya.

Lelaki itu berjalan dengan santai dengan menundukkan kepalanya sedikit. Dia kemudian mendekati jemaah lain yang duduk di barisan belakang lalu bersalam dengan mereka.

“Macam mana nak rukuk ya,” kata seorang netizen.

“Mungkin dia jadi imam,” komen netizen lain.

sumber;Agensi