Letak Sabun Buku Dalam Tangki, Tandas Jadi Bersih & Wangi. Wanita Ni Cuba & Kongsi Hasilnya Selepas Seminggu!

Bila tandas sentiasa bersih dan berbau harum barulah selesa untuk digunakan seisi keluarga. Jadi tidak hairanlah bermacam-macam jenis tips penjagaan tandas ada dikongsikan di media sosial untuk manfaat bersama.

Terbaru tular ada satu cara untuk pastikan kebersihan dan keharuman tandas lebih praktikal dengan menggunakan sabun buku untuk mencuci pakaian. Caranya cukup mudah, hanya dengan leletakkan sebuku sabun tersebut ke dalam tempat tangki tandas dan apabila dipam dengan sendirinya akan bertindak sebagai pembersih dan pewangi tandas.

Lantaran itu, seorang pemilik akaun TikTok@kaklongrosie turut teruja untuk mencuba tips tersebut dan berkongsi hasil yang diperolehi selepas beberapa hari praktikkan di tandas rumahnya.

Langkah 1 : Ambil sabun buku untuk mencuci pakaian.

Letak Sabun Buku Dalam Tangki, Tandas Jadi Bersih & Wangi. Wanita Ni Cuba & Kongsi Hasilnya Selepas Seminggu!
Langkah 2 : Buka penutup tangki dan masukkan ke dalam tangki tandas tersebut.

Letak Sabun Buku Dalam Tangki, Tandas Jadi Bersih & Wangi. Wanita Ni Cuba & Kongsi Hasilnya Selepas Seminggu!
Langkah 3 : Pam dan tandas akan sentiasa wangi dan bersih.

Letak Sabun Buku Dalam Tangki, Tandas Jadi Bersih & Wangi. Wanita Ni Cuba & Kongsi Hasilnya Selepas Seminggu!
Pun begitu, ada yang memintanya untuk tunjukkan hasil selepas seminggu menggunakan kaedah tersebut. Perkara ini kerana dikhuatiri buih dari sabun tersebut akan membuatkan tandas menjadi bersepah. Bahkan ada juga yang mengatakan telah mencuba cara tersebut tetapi tidak sampai dua hari sabun buku yang digunakan telah mencair sepenuhnya.

Namun apa yang mengujakan, hasil perkongsian video daripada @kaklongrosie selepas seminggu menampakkan keadaan tandasnya masih bersih dan terkawal. Tiada limpahan buih sabun seperti yang dikatakan bahkan sabun buku yang ada di dalam tangki masih ada lagi.

Jadilah bolehlah anda pula praktikkan cara ini untuk pastikan tandas sentiasa bersih dan harum. Atau boleh juga menggunakan sebun khas yang sedia ada dipasaran dengan klik di sini untuk membeli secara online.

Sumber : TikTok@kaklongrosie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *