Lintah 'bersarang' dalam hidung budak 6 tahun yang minum air sungai

Jika anda menonton video ini, pasti anda akan berasa seram sejuk kerana begitu jijik melihat lintah sepanjang 7.6 sentimeter ditarik keluar dari hidung seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Lintah itu ‘bersarang’ dalam bahagian hidung kanak-kanak berkenaan. Namun, ia akhirnya berjaya dikeluarkan.

Ia menimbulkan kecurigaan setelah kanak-kanak dari Phin Ngan, Vietnam, itu mula berasa kurang selesa pada bahagian hidungnya, lapor Mirror UK. Itu yang mendorong ibu bapanya untuk membawa budak itu berjumpa doktor.

Menggunakan besi penyepit kecil, doktor itu menarik keluar lintah yang masih hidup. Sepanjang tempoh prosedur dijalankan, video kanak-kanak berkenaan dirakam.

Dia tidak tidur sepanjang proses dijalankan dan sekadar duduk di hadapan doktor yang merawatnya.

Lebih menarik lagi, budak itu begitu berani sekali. Dia tetap bertenang, seolah-olah tidak memberi sebarang reaksi, ketika melihat lintah itu menggeliang-geliut semasa ditarik keluar. Mungkin, kalau kanak-kanak lain, mereka mungkin sudah melalak. Mata pesakit dewasa pula pasti terbeliak.

Menurut Mirror UK, doktor yang merawatnya percaya lintah itu memasuki hidung kanak-kanak itu ketika dia meminum air dari sungai.

Lintah itu dipercayai berukuran lebih kecil ketika ia baru-baru memasuki hidung budak itu.

Ia kemudian menjadi lebih besar selepas terperangkap dalam hidung kanak-kanak tersebut, lapor Mirror UK lagi.

Tidak diketahui bilakah kanak-kanak itu meminum air dari sungai. Atau berapa lama agaknya lintah itu bersarang dalam hidungnya?

Sumber : Agensi berita/AQ/aq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *