Seorang saudara baharu menyifatkan adiknya sebagai
pencetus rahmat sehingga menyebabkan hatinya terbuka untuk menerima Islam.
Chan Bee Bee, 43 tahun berkata sebelum ini beliau
sangat prejvdis dengan Islam walaupun semua adik-beradiknya sudah memeluk agama
berkenaan kerana mendakwa masih samar mengenai Islam.
Bee Bee yang memeluk Islam sejak empat bulan lalu
dan menggunakan nama baharu, Nur Shahfiqah Chan Abdullah berkata, adiknya Nur
Fahimah Chan, 36 tahun adalah individu yang banyak membantunya dalam mendekati
Islam walaupun sebelum ini beliau pernah menolak pelawaan untuk memeluk agama
berkenaan.
“Pertemuan semula saya dengan adik kandung umpama
rahmat buat saya, kerana beliau sering memujuk saya untuk memeluk Islam. Namun
pada awalnya saya menolak kerana masih tidak dapat mendalami agama berkenaan
selain terpengaruh dengan pelbagai tanggapan buruk mengenai Islam sebelum ini.
“Kami empat
beradik dibesarkan di rumah anak yatim dan saya dikelilingi oleh rakan Melayu
yang beragama Islam dan sejak kecil saya belajar dan mendalami Islam, namun
hati saya tidak pernah terbuka untuk memeluk agama Islam.
“Namun, inilah dikatakan hidayah dan saya bersyukur
kerana dapat memeluk Islam walaupun pada usia 43 tahun,” katanya.
Menceritakan mengenai kisah hidupnya, Nur Shahfiqah
berkata, mereka empat beradik termasuk dua abang dan seorang adik perempuannya
tinggal di rumah anak yatim sejak kecil berikutan kesempitan hidup.
Namun, semua mereka terpisah ketika masih
kanak-kanak kerana ditempatkan di rumah anak yatim berlainan dan terputus
hubungan dengan semua saudara kandungnya itu sehingga masing-masing memasuki
alam pekerjaan.
“Namun, pertemuan semula saya dan adik bongsu
kira-kira 15 tahun lalu berjaya menyatukan kembali hubungan kami empat beradik
dan ketika itu barulah saya tahu bahawa semua adik-beradik saya sudah memeluk
Islam dan berkahwin dengan orang Melayu.
“Ketika itu
saya masih beragama Bvddha dan tidak terlintas langsung untuk bertukar agama
walaupun dipujuk oleh Nur Fahimah, kerana saya tidak nampak ‘keistimewaan’
Islam pada masa berkenaan. Namun Nur Fahimah tidak pernah mengalah beliau terus
memujuk saya termasuk menggunakan pendekatan halus dengan bersembahyang ketika
berkunjung ke rumah saya,” katanya.
Nur Shahfiqah berkata, walaupun beliau beragama
Bvddha, beliau tidak pernah bersembahyang atau menyimpan tok0ng di rumahnya
kerana mengakui masih mencari-cari agama yang sebenar.
Beliau yang fasih berbahasa Melayu berkata, sebelum
ini beliau sudah lama membaca buku mengenai Islam dan agama lain, namun hatinya
belum terbuka untuk memeluk agama berkenaan.
“Semuanya bermula secara tiba-tiba dan sukar untuk saya ceritakan
bagaimana saya mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Ketika itu fikiran saya
berserabut dan biasanya saya akan mengunjungi pusat karaoke atau berhibur
bersama kawan-kawan untuk menghilangkan tekanan.
“Walaupun sudah berhibur, hati saya masih resah dan
sedih tanpa sebab, dan apa yang saya ingat ketika itu saya memandang keindahan
langit. Tiba-tiba timbul rasa kagum dan persoalan dalam diri saya siapa penciptaNya
dan pastinya Tuhan yang mencipta itu mempunyai kuasa yang bukan calang-calang,”
katanya.
Beliau berkata, beliau terus menghubungi Nur
Fahimah yang menetap di Kuala Lumpur memaklumkan hasratnya untuk memeluk Islam
dan meminta adiknya mengajarkannya solat.
“Selepas berpisah dengan suami, saya tinggal
bersama dua anak perempuan saya berusia 10 tahun dan 14 tahun selain emak, Wong
Sooi Thai, 68 tahun di Bukit Mertajam. Walaupun emak saya beragama Bvddha,
beliau menerima penghijrahan saya sebagai seorang Islam dengan baik.
“Malah, dua anak saya juga berminat untuk memeluk
Islam kerana melihat perubahan positif saya dari aspek akhlak dan cara hidup.
Saya bersyukur kerana kedua-dua mereka turut mengikut jejak langkah saya
memeluk Islam.
“Adik saya
gembira dengan berita itu dan berjanji akan berusaha membimbing saya untuk
memeluk Islam dan menjadi muslim sejati. Namun, saya jelaskan yang saya tidak
mahu perubahan drastik kerana saya masih belajar dan mendalami agama ini”
katanya.
Nur Shahfiqah berkata, selepas empat bulan memeluk
Islam hatinya semakin tenang dan mengakui bahawa Islam itu indah namun ada
segelintir pihak yang membuatkan imej Islam itu sebagai agama yang terlalu
riigid dan ‘berat’.
Dalam pada itu, Nur Shahfiqah berkata, kehadiran
NGO dakwah seperti myIKUT sangat bermakna khususnya kepada saudara baharu yang
masih belum faham mengenai Islam secara mendalam.
“Komuniti mualaf ini memerlukan tempat rujukan
bukan saja dalam soal agama tetapi pembangunan sosioekonomi dan perlindungan.
Justeru, kewujudan NGO seperti myIKUT ini sangat membantu mualaf terutama
kepada mereka yang masih baharu untuk menyesuaikan diri dengan Islam.
“Malah, kami juga memerlukan bimbingan kaunseling
untuk menghadapi cabaran hidup selepas memeluk Islam terutama penerimaan keluarga,
rakan dan masyarakat sekeliling termasuk di kalangan umat Islam sendiri,”
katanya.
Nur Shahfiqah berkata, beliau bersyukur kerana
rakan dan keluarga menerima dirinya walaupun kini beliau sudah beragama Islam
selain menjelaskan tidak mahu melakukan perubahan drastik kerana masih
menyesuaikan diri dengan Islam.
INFO BERKENAAN NUR SYAFIKAH
– Nur Shahfiqah empat beradik termasuk dua abang
dan seorang adik perempuannya tinggal di rumah anak yatim sejak kecil berikutan
kesempitan hidup.
– Hatinya semakin tenang selepas empat bulan
memeluk Islam.
– Tercetus persoalan siapa pencipta selepas memandang
langit.
myIKUT SEBAR DAKWAH KEPADA SAUDARA BAHARU
“Aku mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan aku
mengaku Nabi Muhammad pesuruh Allah,” lafaz dua beradik perempuan berusia 10
tahun dan 14 tahun.
Mereka melafazkan syahadah di hadapan ibu mereka,
Nur Shahfikah Chan Abdullah, 43 tahun dengan disaksikan ahli jawatankuasa
Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful Pulau Pinang atau myIKUT.
Itulah antara misi dan visi myIKUT, membimbing
individu yang berminat mendalami Islam sehingga melafazkan syahadah, memartabatkan
golongan saudara baharu serta mengurangkan dan membasmi kes murtad dalam
kalangan mualaf.
Pengerusinya, Muhammad Nur Azley Stanley Muhammad
Savarimuthu, 43 tahun berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan
sejak 2014 itu aktif dalam usaha dakwah, terutama membimbing saudara baharu di
samping mendekati individu yang berminat memeluk Islam, tetapi masih ‘kabur’
dengan keputusan yang mahu diambil.
Muhammad yang sebelum ini beragama Kristi4n
berkata, fokus myIKUT adalah berkongsi ilmu mengenai Islam kepada orang bukan
Islam, selain mengubah perspektif negatif mereka terhadap agama berkenaan.
“Saya sendiri adalah mualaf. Selama 23 tahun, saya
beragama Kristian. Perkahwinan bersama isteri yang beragama Islam menyebabkan
saya terpaksa memeluk Islam, walaupun pada awalnya tidak sepenuh hati.
“Saya
kemudian ‘jatuh hati’ pada Islam dan percaya ini adalah hidayah yang diberikan
Allah. Justeru, daripada niat ‘sekadar syarat’, saya kini berubah dan aktif
berdakwah kepada golongan mualaf selain turut dijemput berkongsi pengalaman,”
katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Muhammad berkata, peranan myIKUT bukan hanya
berdakwah, sebaliknya berperanan mewujudkan komuniti mualaf yang berdaya tahan
dan membimbing mereka supaya tidak berasa terpinggir.
“Sehingga kini, myIKUT sudah membawa kira-kira 80
individu yang kebanyakannya penduduk Pulau Pinang memeluk Islam. Walaupun ia
bukan jumlah yang besar, yang penting ialah penyampaian dakwah itu sampai
kepada golongan sasar dan mereka terus kekal sebagai muslim.
“Pendekatan kita ialah menggunakan konsep ‘dakwah
jalanan’ dan penerimaan masyarakat terhadap myIKUT sangat baik kerana mereka
lebih mudah menerima program berorientasikan perkongsian yang diterapkan
myIKUT,” katanya.
Mengulas lanjut, Muhammad Nur Azley berkata, ketika
ini 30 masjid di Pulau Pinang menjadi ‘Rakan myIKUT’ yang berperanan
menyebarkan dakwah kepada saudara baharu.
“Kebanyakan
saudara baharu akan berdepan permasalahan rutin antaranya, penerimaan keluarga,
rakan sekerja dan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan Islam apabila memeluk
agama berkenaan.
“Oleh kerana Islam agama mudah, maka kita
permudahkan urusan saudara baharu melalui projek Home Kuliah dengan tenaga
pakar secara sukarela daripada guru agama untuk membimbing mereka supaya tidak
berasa terbeban,” katanya.
Beliau berkata, selaras pengertian dakwah pihaknya
menggunakan konsep berinteraksi, dialog, saling empati dengan masyarakat dan
sebarkan Islam sebagai agama yang mementingkan kasih sayang, walaupun berbeza
warna kulit dan agama.
“Bagi saya
orang bukan Islam sudah tahu mengenai Islam, cuma kita yang beragama Islam ini
tidak tahu kaedah untuk berkongsi kasih sayang mengenai Islam sehingga sering
kali agama ini disalah erti.
“Justeru, kita mewujudkan satu platform dakwah
menggunakan media baru seperti Facebook untuk membuka ruang kepada mereka yang
berminat mendalami Islam tetapi masih ‘samar’ atau mereka yang mahu memeluk
Islam tetapi tidak tahu cara yang bersesuaian kepada golongan ini,” katanya.
Sementara itu, Penaung myIKUT, Zolkifli Md Lazim
berkata, proses melafazkan syahadah dalam kalangan saudara baharu dijalankan
sendiri oleh pihaknya sebelum mualaf berkenaan dibawa ke jabatan agama untuk
tujuan pengesahan sudah memeluk Islam.
“Biasanya sebelum melafaz syahadah individu berkenaan
akan diberi taklimat ringkas mengenai pengucapan syahadah. Kita tidak pernah
menggunakan unsur paksaan malah sekiranya mereka masih ragu-ragu dengan
keputusan yang diambil kita tidak meneruskannya (melafaz syahadah).
“Hakikatnya
saudara baharu wajar dilihat sebagai insan yang terpilih dan kehadiran mereka
tidak wajar dilihat seolah-olah menyusahkan pihak tertentu,” katanya.
Sumber BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Myteam
Network tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri.