Main ‘Campak’ Biji Dalam Pasu Hiasan, Wanita Terkejut Mendapati Sebulan Kemudian Sudah Ada Buah Tembikai

Biasanya pokok tembikai ditanam di tempat yang lapang dan luas, tetapi seorang wanita ini terkejut apabila dia secara tidak sengaja telah menanam pokok tembikai dalam pasu pokok hiasan.Main ‘Campak’ Biji Dalam Pasu Hiasan, Wanita Terkejut Mendapati Sebulan Kemudian Sudah Ada Buah Tembikai

Perkongsian wanita yang dikenali sebagai Nadia Hanani Ahmad Suhaimi, 22 itu menarik perhatian ramai orang yang teruja melihat pokok tembikai yang ditanamnya.

Apa yang lebih menakjubkan lagi ialah pokok tembikai dalam pasu itu juga sudah berjaya menghasilkan buah.

Menurut Nadia, kejadian tersebut langsung tidak disangkanya kerana pada mulanya dia bercadang untuk menyemai biji benih itu dan merancang memindahkan anak pokok ke tapak tanaman biasa untuk tumbuh.Main ‘Campak’ Biji Dalam Pasu Hiasan, Wanita Terkejut Mendapati Sebulan Kemudian Sudah Ada Buah Tembikai

“Mula-mula memang semai biji benih dalam pasu dulu sebelum nak dipindahkan ke dalam ‘polybag’ di tapak tanaman biasa. Tapi disebabkan terlalu sibuk, saya biarkan je dalam pasu tu.

“Saya rasa dalam masa sebulan pokok tu terus keluarkan buah, satu pokok ada sebiji buah.”

Tambahnya lagi, jika perasan dalam video yang dikongsikannya itu sebenarnya ada dua pokok. Anak kedua daripada 5 beradik ini juga turut menanam pokok tembikai di bahagian tepi dan luar rumahnya.Main ‘Campak’ Biji Dalam Pasu Hiasan, Wanita Terkejut Mendapati Sebulan Kemudian Sudah Ada Buah Tembikai

Meskipun pokok tembikai itu cuma menghasilkan buah yang kecil, tetapi rasanya manis. Ibu dan bapa Nadia, Hasnah Yahaya, 53, dan Ahmad Suhaimi Bahari, 56 gembira dengan usaha anak mereka malah memberi galakan kepadanya untuk terus bercucuk tanam di kawasan rumah mereka yang terletak di Beranang, Selangor itu.

Nadia juga mengakui sebelum ini dia pernah cuba tanam pokok tembikai guna biji benih yang dibeli, tapi kemudiannya pokok itu tak tumbuh besar, tak keluar buah dan akhirnya terus mati.Main ‘Campak’ Biji Dalam Pasu Hiasan, Wanita Terkejut Mendapati Sebulan Kemudian Sudah Ada Buah TembikaiPokok tembikai yang hidup ditanamnya sekarang ini semuanya guna biji dari buah tembikai yang dibeli di pasar raya.

Nadia mula bercucuk tanam pada tahun 2020 dan banyak belajar dari neneknya Salbiah Ismail, 76. Dia menyukai aktiviti ini kerana boleh membuatkan dia tenang dan aktiviti tersebut boleh dilakukan tanpa gangguan.

Nadia menasihatkan kepada sesiapa yang mempunyai hobi sepertinya atau yang berminat bercucuk tanam agar sabar menunggu pokok tumbuh dan mengeluarkan hasilnya. Tambahnya lagi, mereka juga boleh cari tips di Google dan YouTube untuk belajar cara untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Kredit: Neodiore