Majlis kahwin dihentikan beri laluan kepada pengusung keranda mayat

Sebuah klip video di media sosial Indonesia memaparkan acara di sebuah majlis perkahwinan dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada rombongan mengusung jenazah ke tanah kubur, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Kejadian sekumpulan lelaki membawa keranda melintasi khemah majlis perkahwinan itu berlaku di Demak, Jawa Tengah.

Khemah majlis perkahwinan selalunya didirikan di atas jalan kampung, manakala laluan terpaksa ditutup sementara untuk kelancaran majlis.

Bagaimanapun, kejadian sebaliknya berlaku terhadap majlis perkahwinan itu kerana jalan yang digunakan merupakan satu-satunya akses ke kawasan perkuburan.

Kelihatan sebilangan tetamu majlis menghentikan aktiviti mereka dengan muzik dimatikan untuk menghormati rombongan tersebut.

 

“Dua rahsia Tuhan sedang berlaku, kematian dan jodoh,” kata seorang netizen.

“Beginilah hidup, ada suka dan duka. Semoga yang meninggal itu husnul khatimah dan yang berumah tangga sakinah mawadah warahmah. Amin,” komen netizen lain.

sumber;Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *