Makcik Bertudung Atok Berkopiah Jual Sate Ular Tepi Jalan, Ramai Pesan Hati-Hati

Selera eksotik! Indonesia memang terkenal dengan keenakan sajian aslinya yang sinonim dengan negara itu seperti ayam penyet, bakso, sate dan pelbagai lagi hidangan lain.

Menariknya, kesemuanya makanan ini sangat mudah didapati di gerai tepi jalan dengan harga yang sangat murah.

Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah video tular di media sosial yang pasti membuatkan ramai pelancong Malaysia akan lebih berhati-hati jika berkunjung ke negara tersebut dan mencuba makanan di gerai tepi jalan.

Ada yang turut berpesan, kalau travel ke situ, kena berhati-hati bab makanan kerana tidak semestinya penjual yang memakai tudung atau kopiah beragama Islam.

Video yang tular itu memaparkan seorang wanita bertudung mengusahakan gerai tepi jalan yang menyajikan hidangan sate daripada pelbagai jenis haiwan eks0tik seperti ular tedung. Tidak hanya itu, gerai itu turut menyediakan minuman daripada d4rah reptilia itu.

 

Dalam video lain yang dikongsikan pengguna media sosial turut memaparkan seorang penjaja lelaki warga emas berkopiah turut menjual hidangan sate ular dan biawak.

 

Selain itu, terdapat juga risalah ditampal pada gerainya yang mendakwa daging reptilia sebagai ramuan tradisional bagi merawat pelbagai peny4kit seperti s4kit pinggang, paru-paru, asma, gatal dan menguatkan tenaga b4tin.

 

Reaksi wargamaya


Jika anda berniat berkunjung ke negara itu, sentiasalah berhati-hati dalam memilih makanan. Indonesia sebuah negara yang luas, pelbagai daerah pelbagai ragamnya. Tidak dinafikan bukan semua tempat ada gerai eks0tik tersebut. Namun, tidak kira lah di mana pun sentiasa berhati-hati dalam bab pemakanan. Silap makan, merana lah perut.

Sumber : mstar/ Twitter Malaysia Most Viral