Mana mak ayah dia…?” – Polis cari waris, orang ramai jumpa budak lelaki didakwa mati lemas

Kecuaian atau sengaja ditinggalkan? Itulah yang menjadi persoalan mengenai gambar seorang kanak-kanak yang tular baru-baru ini yang dijumpai orang awam di timbunan guni.

Kejadian yang berlaku di Chemor, kanak-kanak yang dipercayai berjantina lelaki dan berumur dalam lingkungan satu tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas guni dan tidak terurus kerana lampin pakai buangnya sudah dipenuhi dengan najis.

Polis cuba kesan waris

Difahamkan, kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital permaisuri Bainun dan sehingga kini polis masih lagi mengesan waris kanak-kanak ini yang identitinya masih lagi belum dikenal pasti.

Justeru, pihak polis berharap waris kepada kanak-kanak ini tampil untuk menuntutnya dan juga meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kehilangan anak, boleh memaklumkannya kepada pihak polis.

Kenapa anak ni boleh dibiar…
Melihat sekujur tubuh kecil yang terbiar itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu.

Jumpa lemas dalam sungai
Namun, sementara ada yang mendakwa bahawa kanak-kanak ini telah meninggal dunia akibat lemas setelah terjatuh ke dalam sungai sebelum diselamatkan orang awam.

Walau bagaimanapun, pihak yang berwajib masih belum lagi mengesahkan mengenai status kanak-kanak ini dan juga waris kepada mangsa.

Sumber : Dalila Diyana