Selain daripada manusia, haiwan juga turut berkemampuan untuk mendapatkan penyakit sembelit. Antara punca yang berlaku kepada penyakit ini adalah disebabkan oleh reaksi dari perubatan, kecederaan traumatik, diet yang tak sesuai, kurang minum air dan pelbagai lagi. Pada beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @HahnAfs dimana terdapat seekor gajah yang dikatakan mempunyai masalah sembelit. Oleh disebabkan itu, haiwan itu telah dibantu oleh beberapa orang yang pakar dalam bidang tersebut.
Rawatan untuk gajah sembelit. Mandi terus doctor tu. Hahaha! Anyway good job doc! pic.twitter.com/jMpyJccjfR
— Beiburēdo (@HahnAfs) September 29, 2020
Namun begitu, lain pula yang jadi apabila doktor tersebut telah terkena air kumbahan najis haiwan berkenaan. Meskipun sudah memakai baju hujan sebagai tanda berhati-hati, namun ternyata doktor kelihatan telah dihujani dengan air najis gajah terbabit. Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat video berkenaan di samping ada yang turut mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka.
”Selalu dengar makan tahi , tapi ni mandi tahi. Mesti gajah tu lega. Btw tahniah semua”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di ruangan akaun terbabit. Video yang berdurasi selama 28 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 60.2 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.