Mat saleh kecam cara jus tembikai dijual di Malaysia tak bersih, netizen pantas bersatu balas komen

SETIAP peniaga ada cara tersendiri untuk menghasilkan produk jualan mereka.

Di Malaysia, sebilangan peniaga minuman turut menggunakan kaedah menebuk lubang pada buah tembikai sebelum mengisarnya dari bahagian dalam untuk menghasilkan jus segar.

Terbaharu, video memaparkan seorang peniaga buah tembikai dari Malaysia tular di peringkat antarabangsa apabila ia dikongsi oleh seorang usahawan dari Turkiye menerusi Twitter.

“Ini cara mereka jual tembikai di Malaysia sebagai minuman yang menyegarkan. Idea yang hebat,” tulis pemilik Twitter @TansuYegen kepada lebih 821,000 pengikutnya.

Ia bagaimanapun menerima maklum balas negatif di ruangan komen apabila segelintir masyarakat luar menganggap ia sebagai kaedah yang tidak bersih.

“Mencemarkan tembikai yang bersih dengan kiub ais yang entah dari mana sumbernya sudah tentu bukan satu idea yang bijak.

“Idea yang bagus kalau anda nak diebetes tahap dua.

“Tangan mereka di seluruh tembikai dan memegang straw tanpa sarung tangan,” ujar beberapa individu dari luar negara.

Ini cara mereka jual tembikai di Malaysia sebagai minuman yang menyegarkan. Idea yang hebat.

Seperti biasa, rakyat Malaysia pantas bersatu hati untuk mempertahankan negara sendiri dengan meninggalkan pelbagai komen pada posting berkenan.

“Seronok baca comment baka European yang acah-acah baka paling terpaling hygiene paling terbersih di dunia. Kau pinggan basuh pun tak bilas ada hati nak cakap pasal hygiene.

“Ini di Melaka. Mereka menggunakan tembikai tanpa biji.

“Mat salih komen pasal hygiene memang bagi kat depa, padahal masak nasi pun tak basuh beras.

“Satu Malaysia bersatu hentam Mat salih terpaling hygiene,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, video tular itu sehingga kini meraih lebih 3.8 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

sumber ;metro