“Memang Tanah Dia Tapi”, Nak Elak Kediaman Sendiri Busuk, Sanggup Bina Kandang Kambing Sebelah Rumah Orang

 

SETIAP individu
pastinya inginkan kehidupan yang selesa terutama sekali di ruang kediaman
sendiri.

Mana tidaknya,
selepas penat bekerja, rumah adalah lokasi terbaik untuk berehat dan
menenangkan fikiran.

Namun situasi
pastinya berbeza sekiranya mendapat jiran yang tidak bertimbang rasa.

Seperti luahan
individu ini, dia berasa tidak selesa apabila berada di rumah sendiri kerana
terpaksa menghidu bau busuk dari kandang kambing yang dibina jirannya.

Bukan itu sahaja,
haiwan ternakan itu juga sering membuat bising pada waktu malam sehingga
menyukarkan dia sekeluarga untuk tidur dengan nyaman.

Disebabkan masalah
yang dialami itu berlarutan sekian lama, dia meluahkan di grup Facebook Tanya
Peguam bagi mendapatkan pandangan tentang tindakan yang boleh diambil.

Menurutnya, dia
sudah berbincang dengan jiran tersebut namun individu berkenaan enggan memberi
kerjasama.

“Saya mahu
bertanya, dekat mana saya boleh mengadu tentang jira yang bela kambing. Memang
banyak sebelah rumah pusaka saya.

“Dia buat
kandang kambing sebelah rumah saya, memang tanah dia tapi masalahnya dia buat
kandang kambing jauh dari rumah dia sebab tak mahu busuk.

“Rumah kita?
Kalau hari hujan, baunya busuk ya amat. Tengah malam, kita nak tidur tapi
kambingnya asyik mengembek,” luahnya lagi.

Situasi yang
dialaminya itu membuatkan warga maya tampil memberi pandangan masing-masing.

Jadilah
jiran yang berfikiran sihat, jangan fikir untung sendiri sahaja.

WARGA MAYA


 Tidak kurang juga
yang mengutuk tindakan jiran tersebut kerana disifatkan pentingkan diri serta
tidak reti hidup bermasyarakat.

“Kambing atau
lembu dekat dengan rumah memang busuk sangat. Buat aduan, hidup ni kena ada
adab berjiran, nak bela haiwan ada kawasan dia.

“Saya pernah
buat aduan pada majlis daerah sebab jiran saya bela ayam… memang busuk
baunya. Tak sampai seminggu (penguatkuasa) datang satu van bagi amaran untuk
sisa reban.


Antara
reaksi warga maya pada luahan pelayar terbabit:

“Jadilah jiran
yang berfikiran sihat, jangan fikir untung sendiri sahaja. Apabila kena kecam,
cakap Melayu menjatuhkan Melayu padahal sendiri yang buat silap,” ujar
beberapa warga maya.

Segelintir warga maya
turut berkongsi cara untuknya membuat aduan supaya dia tidak bergaduh ataupun
bermasam muka dengan jirannya.

“Guna aplikasi
di bawah biro aduan Jabatan Perdana Menteri… ambil anonymous dan
tak payah pergi majlis nanti mereka kantoikan, awak bergaduh dengan jiran.

“Buat dekat
Jabatan Pertanian Daerah dan cover report di balai polis. Ini
bukan setakat mengganggu ketenteraman tapi juga akan mengundang masalah
kesihatan,” tambah segelintir netizen lagi.

Sumber mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen,
Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Hanif Okay tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini.
Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang
disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *