Mengeluh Makan Nasi Lemak RM1, Ramai Nasihat Lelaki Ini Supaya Jangan Buat Begitu Sebab..

Zaman sekarang mana lagi kita nak jumpa barangan yang dijual dengan harga RM1 sahaja? Harga kuih-muih pun semakin meningkat, paling murah yang boleh dibeli adalah pada harga RM3.

Tapi masih ada juga segelintir peniaga di luar sana yang tetap mengekalkan harga yang rendah bagi memuaskan hati pelanggan sambil berniat melakukan amalan sedekah.

Perkara itu menjadi contoh yang baik buat peniaga di luar sana dan ramai yang cuba mencontohi peniaga-peniaga yang berbuat begitu tapi ada juga yang tak kena dengan caranya.

Mengeluh Makan Nasi Lemak RM1, Ramai Nasihat Lelaki Ini Supaya Jangan Buat Begitu Sebab..
Oleh kerana lapar dan ingin mengalas perut yang kosong, seorang lelaki qichfaucy, tercari-cari makanan untuk dibeli.

Akhirnya, dia berjaya dapatkan Nasi Lemak RM1. Rasa tak percaya dengan harga yang murah itu, dia berasa teruja untuk menikmatinya namun terkedu apabila melihat bungkusan kecil Nasi Lemak tersebut.nasi lemak rm1

Bersaiz kecil dan sama dengan kuih, dia membuka sebungkus untuk dicuba. Ternyata dia turut kecewa dengan portionnya yang sedikit.nasi lemak rm1

Menurutnya, hanya dengan dua suapan, Nasi Lemak tersebut tentu berjaya dihabiskan. Nasib baik dia membeli banyak, boleh la buat isi perut sekejap.

Walaupun begitu, orang ramai cuba memujuknya di ruangan komen. Ada juga yang menasihatinya untuk tidak mengeluh kerana saiz yang kecil itu berbaloi dengan harga RM1 yang telah dibayar.

“Okay la tu ada ikan bilis, telur.. Sekarang mana nak dapat harga RM1?”; jelas Laila Wati1235.

Manakala pengguna MummyChimmy mengatakan; “Sesuai dengan harga lah tuh..ikan bilis ada, telur ada, sambal ada.. cukup syarat.”

Nasi Lemak Kecil Tapi Tetap Cukup Syarat, Netizen Nasihat Jangan Mengeluh nasi lemak rm1
Sebagai pelanggan, sudah tentu kita mahu pembelian yang dilakukan membuatkan kita berasa puas hati. Namun, tak baik kita mengeluh soal rezeki.

Kiranya untung dapat jumpa nasi lemak RM1 yang cukup lengkap dengan semuanya. Saiz kecil itu berbaloi la juga dengan harga yang dibayar.

Kredit: qichfaucy