‘Menggigil tangan aku nak remove eyelash jenazah tu’ – Pemandi jenazahperempuan kongsi kisah

Wanita dengan make up sememangnya tidak dapat dipisahkan. Pandai berdandan, maka hasilnya pasti luar biasa. Tetapi pernahkah anda terfikir akan akibatnya terutama pada golongan wanita beragama Islam?
Perkongsian tiga individu ini membuatkan netizen bermuhasabah diri seketika dan ada juga yang meluahkan rasa bersyukur kerana tidak terlalu bergantung kepada alatan make up.
Semoga bermanfaat dan memberi kesedaran kepada kita semua.

‘SERAM DENGAR, TAK BERANI NAK WARNAKAN RAMBUT KE, APA KE..’
SAYA ada kawan yang kerjanya pemandi jenazah wanita. Ini cerita benar. Saya seorang MUA. Jadi saya akui saya pun pernah juga terasa nak buat eyelash ext ni. Sulam-sulam semua tu. Nasib tergerak hati nak tanya dulu.

Saya tanya dia, ada ke jenazah yang meninggal dunia dengan cantiknya siap sulam bedak, eyelash extension, rambut warna perang blond etc. Dia kata memang ada. Jadi saya bertanya, “Kak buat macam mana?”
Apa yang mengejutkan, dia beritahu dia dan kawan-kawan tak cukur rambut, tak cabut kuku, tak cabut/gunting bulu extension itu ataupun tonyoh pipi sulam blusher mayat itu. Dia biarkan sahaja sebab memang dia tak boleh padamkan dan tak boleh buat apa pun.

Walaupun memang masa mandi tak kena air dan memang tak sah mandinya, dia cakap dia banyak-banyak berdoa kepada Allah supaya ampunkan dosa dia dan dosa arwah itu sebab mayat pun rasa sakit katanya.
Dia kata memang sedih tetapi dah jadi mayat, hanya Allah sahaja yang boleh ampunkan dosa jenazah itu.
Seram iols dengar. memang tak berani nak warnakan rambut ke, apa ke dah.

‘GUNA MINYAK APA PUN, LIPSTICKNYA TAK DAPAT DITANGGALKAN, DAH SEBATI’

KORANG just imagine jenazah yang darah stop beku bukan semudah ABC nak tonyoh buang-buang semua itu. Berpeluh-peluh nak clearkan foundation eyeshadow celak. Sedih tengok, terasa perit sangat sebab kena tonyoh kuat-kuat tapi apakan daya nak ke tak nak, tonyoh juga.

Memang kami tonyoh menggunakan minyak Johnson Baby itu tapi part celak bawah mata susah sangat. Kelopak mata jenazah akan ke dalam. Jadi memang susah nak tenyeh-tenyeh kapas di situ.
Bibir pula pakai lipstick tak pasti jenis apa tetapi dah macam sebati terus dengan bibir jenazah. Guna minyak apa pun tak dapat tanggal.

Oh ya, satu lagi. jenazah yang pakai filler, rupa dia… nauzubillah. So please sangat-sangat yang masih ada pakai filler. Sila remove balik. Yang tu pemandi jenazah tak dapat tolong. Apabila badan dah kaku, filler itu bentuknya berketul-ketul, cacat jenazah.
‘MENGGIGIL TANGAN AKU REMOVE EYELASH’

INI PENGALAMAN AKU pula. Dulu memang aku ada buat bisnes eyelash extensions. Baru je ambil kursus dan mulakan bisnes tu. Masa nak buat bisnes tu memang ragu-ragu.
Bila buat kat orang Islam, diorang solat tapi tak sah solat, aku yang berdosa. Tapi masa tu aku langgar je. Aku buat je.

Belum sampai tiga customer aku dapat, aku dah dapat petunjuk di mana arwah makcik suami aku meninggal dunia secara tiba-tiba kena serangan sakit jantung. Kebetulan dia baru je buat eyelash.
Saudara mara belah suami aku pula tahu yang aku buat servis eyelash dan aku dipanggil untuk remove eyelash jenazah. Ya Allah, dah ditolak permintaan itu tetapi semua orang merayu kat aku. Aku terpaksa.
Menggigil tangan aku remove eyelash jenazah tu dan bermula dari saat itu aku berhenti buat servis tu lagi. Allah dah beri petunjuk kat aku.