Siapa sangka, lubang arnab yang biasa dilihat di ladang-ladang pertanian membawa kepada penemuan tapak tinggalan sejarah yang berusia hampir 700 tahun.
Ianya berlaku di Shropshire, England namun lokasi yang lebih tepat tidak didedahkan kepada umum. Pencarian itu dimulakan oleh Michael Scott dari Birmigham yang merupakan seorang jurugambar.
Michael nekad untuk mengkaji dengan lebih lanjut apabila menonton video tempat tersebut di internet. Tambah Michael, laluan masuk ke kuil tersebut terletak kira-kira satu meter sahaja dari lubang arnab tersebut.
Perjalanan untuk ke kuil tersebut agak sukar kerana ruangnya agak kecil. Untuk sesiapa yang berketinggian lebih dari 6 kaki, anda harus membongkokkan badan.
“Mengambil kira berapa lama ia sudah wujud, ia masih dalam keadaan yang amat menakjubkan. Rasanya seperti kuil bawah tanah,” kata Michael.
Menceritakan pengalamannya masuk ke kuil tersebut, dia terpaksa membongkok dan kawasan tesebut sangat sunyi. Terdapat juga beberapa ekor labah-labah di dalam tempat tersebut.
Tambah Michael, semasa musim hujan laluan masuk ke kuil tersebut akan menjadi agak licin, namun keadaan di dalam kuil tersebut kering.
Lebih menakjubkan, kuil bawah tanah tersebut mempunyai rekaan yang unik dan tidak diusik sedikitpun keasliannya.
Menariknya, kuil tersebut dipercayai kepunyaan Knight Templar pada 700 tahun yang lalu.
sumber ;,mediaku