Di Twitter kecoh apabila seorang individu mendedahkan mengenai program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk para pelajar yang dilihat tidak munasabah.
Dalam gambar yang dimuat naik, individu berkenaan mendakwa menu makanan program RMT itu merupakan hidangan untuk sebuah sekolah rendah yang bertempat di Pahang.
Dapat dilihat mi goreng yang diletakkan dalam bekas tersebut sangat sedikit, umpama boleh dikira dengan jari.
Ramai yang berang melihat keadaan ini dan mengaitkan ia mungking disebabkan oleh kenaikan harga barang.
Individu itu juga mendakwa bahawa pihak pentadbiran sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah juga telah memberi amaran kepada pengusaha kantin tersebut namun tiada apa yang berubah.
Jelas netizen, kadar RMT untuk Semenanjung adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap hidangan manakala Sabah, Sarawak dan Labuan adalah sebanyak RM3.00 seorang.
Ia sekaligus menimbulkan andaian bahawa pihak pengusaha kantin sekolah berkenaan tidak jujur dan masalah itu patut ditangani dengan segera. -CARI