Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pastinya menginginkan cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga. Namun, tidak semua yang dikurniakan rezeki berkenaan dan ada yang perlu melalui beberapa halangan bagi mendapat kebahagiaan ini.
Baru-baru ini seorang doktor dikenali sebagai Dr.Mrs.Dy menceritakan kisah seorang wanita kehilangan bayi dalam kandungan secara misteri!
MIMPI NENEK TUA URUT PERUT, HILANG KANDUNGAN
Kisahnya bermula apabila seorang wanita datang ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kandungan. Bagaimanapun, bayi di dalam perut serta si ibu berada dalam keadaan sihat. Namun, pada keesokan harinya wanita tersebut datang kembali ke klinik untuk melakukan pemeriksaan lagi.
Apa yang mengejutkan, perutnya sudah kempis dan wanita itu sempat menceritakan bahawa dia ada bermimpi seorang nenek tua menghampirinya.
Hari ini ada pesakit yang petang semalam hamil 6 bulan tapi hari ini kandungan dah hilang dan tak ada tanda-tanda bersalin.
Di dalam mimpi berkenaan nenek tua tersebut mengurut perut sambil meminta bayi yang ada dalam kandungannya itu. Belum sempat memberikan jawapan, secara tiba-tiba wanita warga emas itu hilang bersama anak dalam perutnya. Walau bagaimanapun, si ibu dihantarkan kepada doktor pakar bagi mengesahkan kejadian yang dilalui olehnya.
Saya tanya dia, awak izinkan nenek itu ambil anak awak? Dia kata belum sempat jawab ya nenek tu dah hilang dengan anak saya.
BANYAK KES ANEH SEBEGINI BERLAKU
Ujarnya lagi, kejadian ‘aneh’ seperti itu bukanlah kali pertama yang pernah dilalui olehnya. Lebih-lebih lagi apabila di kawasan pendalaman atau pesakit yang duduk di dalam hutan sudah pasti banyak perkara-perkara mistik yang berlaku.
Betapa pentingnya amalan dan ibadah solat ketika kehamilan agar diri kita selamat daripada bahaya dan jangan kita tunjuk gambar perut kita di media sosial.
Sumber: Tiktok @dr.mrs.dy