Siapa yang tidak geram bila baju yang dicuci berbau hapak bukan. nak salah kan siapa pun tak tahu. Sabun ke, mesin basuh ke atau pun diri sendiri. Penghujungnya sama ada anda mengambil inisiatif mencucinya sekali lagi ataupun menebalkan muka dengan memakai baju tersebut.
Persoalannya kenapa? Adakah kita salah cara mencuci baju selama ni?
Kredit: Stroy-podskazka
Jadi, untuk elakkan situasi begini sekali lagi terjadi kepada anda semua disini, kami kongsikan beberapa petua bagaimana caranya untuk mencuci baju dengan betul agar dapat mengelakkan bau hapak sebaliknya memberikan bau haruman yang kekal segar.
Pastikan korang baca sampai habis tau!
BAHAN YANG DIPERLUKAN
Air
Softener (tak kisah jenama apa)
Cuka
CARA BASUH BAJU DENGAN BETUL
Sediakan air yang dah dicampurkan softener
Kemudian, tambahkan secawan kecil cuka makan
Kalau untuk 4 ke 5 kg berat baju, letakkan 30mls cuka makan
Gunakan bahan tersebut untuk bilasan akhir pakaian korang
KELEBIHAN
Bau harum pada baju tahan lama
Baju bertambah lembut
Mudah digosok
Yang penting, letak dekat almari pun tahan dekat 3 minggu bau dia
MANFAAT CUKA PADA PAKAIAN
Mencerahkan dan memutihkan
Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merosakkan kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan detergen.
Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuatwarna pakaian menjadi lebih terang dan jelas.
Kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam kembali menjadi putih.
Menghilangkan bau lembap
pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembapdan dapat menimbulkan jamur.
Untuk membuat baunya menjadi segar kembali, campurkan air hangat dengan 2 tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.
Melembutkan pakaian
Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut yang ada di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami.
Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.
Cegah debu dan bulu binatang menempel
Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah dari ditempel debu-debu halus dan bulu-bulu haiwan sekali pada kain.
Cukup setengah tutup yang dicampurkan ketika mencuci baju kerana dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak diingini.
Ini adalah petua yang korang boleh amalkan ketika sedang mencuci baju. Harap petua ini dapat membantu korang dalam kerja seharian. Selamat mencuba!
Sumber: Rosma Abdul Rahman