Nak Makan Tapi Makanan Dah Basi? Jom Amalkan 10 Cara Ini Untuk Elakkan Makanan Anda Cepat Basi!

Masak pukul 12 tengah hari, pukul 7 malam nak makan makanan yang sama, tapi dah basi? Tak pasal-pasal nak kena masak makanan lain pula untuk makan malam.

Selalu sangat kita dengar perkataan “basi” ni kan? Even kat kedai-kedai makan pun still juga ada yang kita dengar complain dari customer pasal makanan basi ni. Jadi tak mustahil mesti ramai lagi yang tak tahu cara-cara nak elakkan masakan kita dari cepat basi.

Cara-Cara Elak Makanan Cepat Basi
Gunakan bawang merah berbanding bawang besar.
Elak menggunakan timun atau tomato.

Semasa menumis, pastikan bahan-bahan yang ditumis pecah minyak dan garing.
Selepas siap masak, terus angkat dan jauhkan dari bahang api.

Jangan biarkan hidangan yang anda masak tersimpan dalam periuk atau kuali.
Jangan meletakkan makanan di dalam bekas yang basah.
Jangan menggunakan senduk dan sudu yang basah.

Pastikan makanan sejuk terlebih dahulu sebelum ditutup.
Jangan guna senduk atau sudu yang sama pada lauk yang berlainan.
Panaskan makanan setiap 4 jam.

Anda semua dah tahu kan cara-cara untuk elakkan makanan anda cepat basi? Jadi jom sama-sama kita amalkan 10 cara ini agar makanan yang kita masak tahan hingga ke malam.

Semoga bermanfaat!

Kredit: alaf21