Alamak, seluar dan baju makin ketat!!! Sedang tercari-cari cara nak kurus? Jangan risau, 23 tip penjagaan berat badan untuk dicuba.
Ingin tahu cara nak kurus?
Sebenarnya, tidak kisah apa pun bentuk badan, paling utama adalah kesihatan anda.
Namun, jika anda ingin mengurangkan berat dan mahukan bentuk badan yang lebih menarik, banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai impian anda itu.
Penjagaan berat badan perlu dibuat dengan mengubah gaya hidup, bersenam dan komited untuk mencapai tubuh yang lebih langsing.
23 cara nak kurus yang boleh dicuba
Untuk mengurangkan berat badan bukanlah perkara mustahil.
Tetapi anda perlu melakukan penjagaan berat badan dengan menyingkirkan tabiat harian tidak sihat dan mengubah gaya hidup yang sihat.
Berikut cara nak kurus semula jadi yang boleh diamalkan:
Saiz hidangan
Kawal saiz hidangan makanan dapat mengurangkan pengambilan kalori. Cara ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan berat. Anda boleh cuba amalkan diet suku-suku separuh.
penjagaan berat badan
Makan ikut waktu
Melangkau waktu makan bukan cara nak kurus yang terbaik. Ia hanya akan mengurangkan metabolisme badan dan cenderung buatkan anda makan lebih banyak selepas itu.
Bersarapan
Ambillah hidangan sarapan pagi yang bagus. Gabungan protein dan karbohidrat berserat tinggi adalah yang terbaik untuk buatkan anda kenyang lebih lama.
Kuantiti tidur
Untuk langsing anda perlu dapatkan waktu tidur secukupnya. Individu tidur kurang 8 jam dikaitkan dengan nilai BMI tinggi. Ia berlaku kerana hormon mengawal selera makan terganggu.
Fokus
Sewaktu makan, fokus pada jenis dan jumlah makanan diambil. Elakkan daripada makan sambil menonton televisyen, laptop atau sebarang gajet serta nikmati hidangan makanan sebaiknya.
Makanan yang sesuai
Selepas melakukan aktiviti fizikal tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati. Jadi pengambilan hidangan sihat dan seimbang adalah antara cara penjagaan berat badan yang baik.
Buat catatan
Sediakan senarai ‘apa perlu dilakukan’ & ‘sudah dilakukan’ untuk memastikan anda berada di landasan yang betul. Walaupun anda hanya berjaya kurangkan berat 0.5 kg, catatkannya!
Tetap tarikh
Pilih 1 tarikh untuk membantu meningkatkan motivasi anda. Sebagai contoh, tarikh percutian bersama rakan-rakan sebagai tempoh sasaran untuk mengurangkan berat anda.
Minum teh hijau
Teh hijau sarat dengan antioksidan dipanggil catechin. Ia berfungsi menyahtoksin badan dengan menyingkirkan radikal bebas dan mengurangkan keradangan.
Tambahkan protein
Cara nak kurus seterusnya dengan menambah protein dalam setiap hidangan makanan membantu tingkatkan jisim otot tanpa lemak.
Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.
23-cara-nak-kurus
Buah & sayuran
Perbanyakkan pengambilan buah dan sayuran membantu menurunkan berat dengan cepat. Kelebihannya: tinggi serat, vitamin, mineral, rendah kalori dan buatkan anda rasa kenyang.
Intermittent fasting
Dianggap strategi popular untuk langsing. Anda boleh makan apa yang anda mahu dalam tempoh masa tertentu dan berpuasa pada waktu selebihnya.
Gula tambahan
Elakkan gula diproses untuk kurangkan berat dengan cepat seperti minuman soda, kek mahupun pastri.
Makanan diproses
Hindari makanan diproses seperti makanan sejuk beku atau dalam tin kerana ia mengandungi garam, gula, bahan pengawet serta pewarna tiruan yang tinggi.
Elakkan makanan ringan
Kerepek kentang, burger, pizza atau kentang goreng adalah dalam kategori makanan ringan. Menghindarinya membantu menyingkirkan lemak dan cegah kenaikan berat.
Minum air
Tip penjagaan berat badan mudah adalah dengan memperbanyakkan minum air. Kekal hidrat adalah kunci untuk berjaya menguruskan badan.
Pengambilan probiotik
Ia adalah bakteria usus yang baik untuk bantu pencernaan dan kurangkan risiko obesiti dan kecacatan metabolik.
Makan secara perlahan
Jangan tergesa-gesa pada waktu makan. Sebaiknya, makan dan kunyah secara perlahan serta nikmatilah rasa hidangan anda. Secara tidak langsung, ia boleh mencegah anda daripada makan secara berlebihan.
Snek sihat
Tidak salah untuk mengambil snek. Tetapi anda perlu berhati-hati dalam memilih snek yang dapat membantu menghilangkan berat dengan cepat. Elakkan memakan snek tidak sihat.
Waktu makan malam
Makan malam sebelum pukul 7 malam adalah 1 cara nak kurus. Ia membolehkan anda mempunyai tempoh masa 2-3 jam untuk proses pencernaan sebelum tidur.
Snek lewat makan
Tidur selepas 2-3 jam anda makan malam. Jika tidak, anda akan berasa lapar dan mengambil snek lewat malam. Ia akan membantutkan proses mengurangkan berat badan.
23-cara-nak-kurus
Pilihlah tangga
Mengubah beberapa tabiat seperti memilih memanjat tangga berbanding lif adalah cara nak kurus yang boleh diamalkan. Ia akan mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.
Kurangkan stres
Pastikan anda mempunyai masa untuk lakukan aktiviti bagi melepaskan tekanan yang dialami. Melukis, dengar muzik, membaca atau sekadar berbaring dapat mengurangkan stres dalam diri.
Baik untuk kesihatan keseluruhan
Mengurangkan berat badan bukan sekadar untuk tampak cantik atau lebih menarik. Tetapi ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, diabetes atau sebarang penyakit yang boleh mengancam nyawa.