Nekad Bantu Bapa, “Memang Ada Yang Pandang Rendah…”- Anak Remaja Ini Tetap Teruskan Jaga Lembu

 Mungkin kerana
terbiasa dari kecil bergelumang di kandang lembu membuatkan remaja perempuan
berusia 18 tahun ini tidak sibuk berhias mencantikkan diri seperti gadis-gadis
seusianya. Apatah lagi sebagai anak sulung, dibahunya penuh dengan
tanggungjawab untuk membantu keluarga.

Boleh dikatakan
rutin harian Nor Farisya Azhar sepanjang hari hanya diluangkan untuk menjaga
dan menguruskan lebih 200 lembu baka Brahman dan Kacuk Kelantan di kandang
milik bapanya, Azhar Che Abdullah, 53, di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin,
Kelantan.

“Memang ada yang
memandang rendah dan berkata sinis apabila mengetahui saya menjaga lembu dan
tidak kurang yang terkejut kerana biasanya kerja itu dilakukan orang lelaki.

“Bagaimanapun, ini
memang minat saya dan tidak kisah langsung jika tidak dapat berhias cantik atau
melaram seperti gadis lain disebabkan ia bukan kesukaan saya,” katanya ringkas.

Menjelang musim perayaan terutama Aidiladha, kandang seluas 4.8
hektar itu akan memuatkan lebih 1,000 lembu dari kedua-dua baka yang dibeli
dari Thailand serta Myanmar sebelum dijual kepada pembeli.

Nor Farisya
yang juga pelajar sebuah pondok di Tumpat berkata, dia berhasrat untuk
meneruskan legasi bapanya dalam ternakan lembu, malah kini berupaya menjalankan
urusan niaga bermula daripada proses import sehingga kepada pengguna akhir.

“Sebagai
anak sulung, saya rasa bertanggungjawab untuk membantu bapa dan walaupun saya
seorang perempuan, itu tidak menjadi halangan untuk terbabit dalam bidang ini,”
katanya.

Berkongsi
pengalamannya lagi sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, siapa sangka
dia pernah mengalami beberapa insiden disondol lembu. Pun begitu ia tidak
mematahkan semangatnya, malah memberitahu ada cara khusus untuk menjinakkan
binatang peliharaan itu.

 “Lembu yang menjadi kesayangan saya ialah
Boboi (baka Brahman) yang sentiasa manja walaupun fizikalnya besar dengan berat
sekitar 800 kilogram (kg).

“Boboi sudah
dipelihara hampir lapan bulan dan kami bakal berpisah tidak lama lagi kerana ia
sudah ditempah oleh pembeli untuk korban,” ceritanya lagi berkongsi pengalaman.

Sumber Keluarga

Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak MyTeam
Network
 tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *