Nenek 73 tahun ‘ride’ seorang diri dari KL ke Senawang, cadang nak ke Melaka pula

Orang kata, usia bukan penghalang untuk sesiapa pun melakukan apa yang mereka inginkan. Selagi masih mampu dan kudrat kekal kuat, tak salah untuk membuat apa sahaja yang mereka suka.

Nenek rileks ride jauh2
Namun, sebagai anak, pastinya kita berasa khuatir andai orang tua kita masih berani melakukan sesuatu perkara yang orang muda pun sudah jarang lakukan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila ‘geleng kepala’ dengan gelagat neneknya yang masih kuat membawa motosikal dari Ampang, Selangor datang ke rumah anak cucunya di Senawang, Negeri Sembilan.

Plan nak ke Melaka pulak
Menurut Nurul Ain Jariah lagi, warga emas itu sememangnya suka membawa motosikal dan sedang bercadang mahu ke Melaka untuk pulang ke kampungnya seorang diri.

Hal tersebut juga bukanlah sesuatu yang baru buat mereka sekeluarga kerana neneknya sudah terbiasa membawa motosikal lebih-lebih lagi baru sahaja membeli motosikal baharu beberapa minggu lepas.

Dah berusia 74 tahun
Menurutnya, neneknya sudah pun berusia 74 tahun namun masih kuat dan bersemangat lagi menunggang motosikal dengan jarak yang agak jauh.

Warga emas itu sememangnya suka membawa motosikal dengan alasan mudah untuk berjalan-jalan.

Dah halang pun tau2 sampai
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa kagum dengan keberanian nenek kepada Nurul Ain Jariah kerana bukan senang melihat seorang perempuan yang sudah berumur untuk membawa motosikal lebih-lebih lagi di atas lebuh raya.

Dalam pada itu, ramai juga bimbang akan keselamatannya kerana kenderaan yang banyak terutamanya pada waktu puncak boleh mengundang bahaya.

Walau bagaumanapun, pengguna TikTok berkenaan telah memaklumkan yang mereka sudah puas menasihati hal tersebut namun tetap juga dilakukan.

Paling utama, kita doakan agar nenek terus diberi keselamatan dan kesihatan yang baik agar terus bersemangat setiap hari.

Kita yang seram sejuk tengok

Harap tua nanti jadi macam nenek ni

Mesti nenek seorang yang sangat berdikari

Salute nenek awak. Masih kuat lagi


Semoga nenek diberi kesihatan yang baik

Sumber: TikTok @nur_ain_jariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *